Alhamdulillah .. telah diadakan perasmian Himpunan Bulanan untuk warga Muassasah Darul Ulum oleh Dr Abdul Isa Ismail selaku Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Abdullah selaku Pengarah Akademik KIDU , disusuli ucapan Ust Mat Ayub Mat Daud selaku Mudir Sek. Men Islam Darul Ulum , ucapan Ustaz Zawawi Hj Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif KIDU dan diakhiri dengan ucapan Dr Abdul Isa. Kandungan ucapan seperti berikut : - Ikhlas dalam belajar - Belajar untuk membuang kejahilan dan membina diri sebagai bakal ulamak masa depan - Strategi berjaya : 1. Niat 2. Usaha 3. Dampingi guru 4. Sabar 5. Ibadah 6. Bergantung dengan Allah swt - Semua warga muassasah sentiasa ingat matlamat pengasas iaitu Ustaz Fadhil Noor " Adalah menjadi harapan kita agar muassasah yang sama - sama kita tubuhkan ini agar dapat melahir ulamak amilin yang faqih dan mampu memimpin ummah "