Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Usrah Bersama Murabbi

Alhamdulillah .. hari ini Rabu 26 Mei telah dijalankan program usrah pelajar bersama murabbi di kalangan pensyarah. Bimbingan dalam bentuk usrah yang berlangsung selama sejam itu mampu mengenalpasti potensi pelajar, kelemahan dan usaha ke arah meningkatkan kualiti diri di sudut kecemerlangan akademik dan sakhsiah. Porgram anjuran Hal Ehwal Pelajar itu dirasakan satu keperluan dan diadakan dari masa ke semasa sebagai usaha mendekatkan pelajar dan pensyarah ke arah menjana pelajar sebagai pimpinan dan ulama' masa depan.

Pendaftaran Baru

Program Pra - STAM Program Ijazah Syariah ( 3 + 1 ) Hubungi Talian Berikut : 04 - 7825754 ( Pejabat ) 04 - 7824070 ( Fax ) 019 - 4515065 ( Pendaftar ) 010 - 3784267 ( Pen Pendaftar Pentadbiran ) 012 - 5779761 ( Pen. Pendaftar Akademik ) Tarikh Tutup Pendaftaran : 24 Jun 2010

Kelas Pra - STAM

Kolej Islam Darul Ulum ( KIDU ) akan memulakan kelas Pra - STAM bermula Julai 2010 dan permohonan dibuka kepada semua calon khususnya lepasan SPM yang kurang keupayaan dalam Bahasa Arab bagi menduduki peperiksaan STAM pada tahun 2011. Modul yang akan digunakan adalah mengikut modul intensif Bahasa Arab meliputi pengukuhan perbendaharaan bahasa, percakapan, penulisan dan tatabahasa. Modul yang gubal adalah gabungan modul dari Pusat Bahasa dalam dan luar negara. Pelajar akan mengikuti intensif selama 6 bulan sebelum mendaftar sebagai calon STAM dan menduduki peperiksaan tahun 2011 yang akan dijalankan di KIDU. Pihak KIDU sudah menganjurkan Kursus Bahasa Arab selama 5 tahun bagi lepasan sekolah rendah dan menengah. Jesteru pengalaman yang ada mampu membentuk dan mendidik pelajar menguasai Bahasa Arab dalam tempoh tersebut walaupun tidak mempunyai asas yang kuat. Gabungan pengalaman dan prasarana yang ada sekurangnya mampu mencapai hasrat dan matlamat tersebut.

Sekitar Aktiviti Pelajar

1. Ust Abdullah Penasihat Unit Sukan 2.Acara padang 3&4 Sekitar Seminar Organisasi 5. Penceramah Seminar Organisasi

Pendaftaran Sesi Julai 2010

Sesi Pengajian bermula 4 Julai 2010 . Kepada calon yang berminat untuk mengikuti mengikuti program pengajian Islam ( Syariah ) 3 + 1 sila daftar segera. Terbuka kepada calon lepasan STAM. Bagi calon yang gagal sebahagian subjek juga boleh memohon untuk kemasukan bersyarat. Hubungi talian berikut : 04 - 7825754 atau 010 - 37842567 ( Pen. Pendaftar ) Bersama kami menjana ulamak amilin

Rektor INSANIAH Pengerusi Jawatankuasa Mengkaji Sistem Pengajian dan Pentadbiran KIDU.

INSANIAH, 4 Mei, 2010 (Selasa): Rektor Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH), Profesor Dato’ Dr Jamil Osman, dilantik kerajaan negeri Kedah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Mengkaji Sistem Pengajian dan Pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). Jawatankuasa berkenaan ditubuhkan untuk memajukan kurikulum KIDU yang diterajui Dato’ Dr Harun Din yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Akademik pusat pengajian itu. Dalam pertemuan dan perbincangan yang diadakan di INSANIAH baru-baru ini, ahli jawatankuasa menumpukan kepada objektif menggubal sukatan kursus tafaquh yang dijadualkan bermula pada 2011. Manakala antara konsep yang turut ditekankan ialah pembacaan kitab terpilih secara menyeluruh dan mensyaratkan penuntut perlu menamatkannya mengikut sukatan. Kerjasama antara INSANIAH dengan KIDU bakal menemukan dimensi cemerlang masa depan berikutan pengalaman dimiliki Profesor Dato’ Dr Jamil dalam bidang berkaitan sangat membantu. Warga INSANIAH mengucapkan syabas kepada Dat

Taklimat Khas STAM

Ustaz Zahir Osman dijemput bersama bagi menjelaskan perjalanan peperiksaan STAM . Bermula dari persediaan , ujian lisan dan pemarkahan Semoga pelajar dapat memahami dan membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi peperiksaan tersebut pada oktober ini.

Kuliah Haraki Bersama Ketua Dewan Pemuda

Alhamdulillah.. sebetar tadi baru selesai sesi ceramah bagi pengisian Kuliah Haraki minggu ini bersama dengan Ustaz Ahmad Yahya selaku Ketua Dewan Pemuda. Majlis dipengerusikan oleh Sdr Rahmatullah yang merupakan exco MPPKIDU Ust Ahmad menjelaskan perkara berikut : 3 asas penting yang perlu difahami sebagai seorang pelajar muslim iaitu : - Ta'lim ( belajar ) - Tarbiyyah ( pendidikan dan pembinaan ) - Harakah ( Penglibatan dalam gerakerja dakwah ) 3 perkara ini perlu difahami kerana ia merupakan asas bagi keredhaan Allah swt. Ilmu yang diperolehi perlu dijana dalan proses tarbiah sekaligus membentuk Rijal al-Dakwah yang terjun dan bersama memimpin umat. Pengabaian kepada 3 asas itu , melahirkan pelajar yang hanya belajar untuk ilmu dan keduniaan semata -mata tampa memahami dan melihat realiti semsa. Isu semasa yang berkaiatan dengan masalah umat amat berat dewasa ini dengan isu sosial, aqidah dan sebagainya. Jesteru penglibatan dalam harakah memungkinkan kita bersama menangani dan m