Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

KIDU Jadi Pusat Peperiksaan STAM

Pada tahun ini, KIDU telah dipilih menjadi Pusat Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Pemilihan ini berdasarkan pertambahan pelajar yang menduduki peperiksaan ini di kalangan mahasiswa KIDU dan persendirian. Pihak KIDU merasakan pemilihan KIDU sebagai pusat peperiksaan STAM merupakan suatu kepercayaan dan amanah dari Kementerian Pelajaran. Penolong Pendaftar Akademik, Ustaz Azamudin Abd Aziz melahirkan rasa gembira di atas pemilihan ini dan akan berusaha untuk melaksanakan kepercayaan ini dengan sebaiknya. Pemilihan ini akan memudahkan pelajar untuk menumpukan peperiksaan ini tanpa perlu berulang-alik ke tempat peperiksaan lain yang agak jauh dari KIDU. Peperiksaan STAM berlangsung dari 18 – 27 Oktober 2010. Pihak Pentadbiran KIDU mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan STAM. Kepada pelajar yang berminat untuk mengambil sijil STAM di KIDU, bolehlah menghubungi Pejabat KIDU di talian 04-7825754

Rumah Terbuka Aidilfitri 1431 H

Pihak pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) dengan kerjasama Pejabat Muassasah Darul Ulum telah menganjurkan Rumah Terbuka Ailifitri sempena musim perayaan Aidilfitri pada tahun ini. Program tersebut diadakan pada 29 September 2010 di perkarangan Kolej Islam Darul Ulum dihadiri oleh tetamu jemputan, pensyarah, mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum, kakitangan Kolej Islam Darul Ulum dan Pejabat Muassasah Darul Ulum. Antara jemputan VVIP yang hadir adalah YB Dato' Dr Abdul Isa Bin Ismail, Speaker DUN Kedah merangkap Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum, Ustaz Haji Zawawi Bin Haji Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Darul Ulum, Tuan Haji Che Din Bin Arshad, Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum. Program ini dimulakan dengan ucapan YB Dato' Speaker yang melahirkan rasa gembira dengan penganjuran program ini,"Rumah Terbuka Aidilfitri adalah sebagai platform mengeratkan hubungan di antara kakitangan, pelajar dan warga Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum", ujar

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA REKTOR IAIN RADEN FATAH, PALEMBANG, REPUBLIK INDONESIA

Majlis Ramah Mesra antara Wakil KIDU, Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat, Saudara Mohd Hanifi bersama Rektor IAIN Raden Fatah, Palembang, Prof Dr Aflatun Muchtar, M.Ag di adakan pada 6 Oktober 2010 yang lalu. Majlis ini berlangsung di Ruangan Rektor IAIN Raden Fatah, Kantor Pusat. Inisiatif majlis ini di anjurkan memandangkan wakil KIDU berada di Palembang dalam rangka menghantar kumpulan ketiga lepasan KIDU menyambung pengajian di tahun akhir di sini. Pada Majlis tersebut, pihak KIDU dan IAIN Raden Fatah sempat membincangkan beberapa hal untuk mengukuhkan hubungan kedua belah pihak. Antara hal yang dibincangkan adalah pertukaran pelajar tahun akhir melibatkan kedua-dua institusi pengajian tinggi ini. Program pertukaran ini dicadangkan untuk dimulakan pada sesi pengajian ini dan melibatkan pelajar-pelajar yang berprestasi tinggi. Tujuan program ini adalah memberi pengalaman dan ilmu berkaitan dakwah dan keilmuan melibatkan dua Negara iaitu Malaysia dan Indonesi
Pertemuan Wakil KIDU dengan Dekan Fakulti Syariah IAIN Raden Fatah, Palembang. Pada 5 Oktober yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum yang diwakili oleh Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat, saudara Mohd Hanifi telah mengadakan pertemuan dengan Dekan Fakulti Syariah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang. Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana yang harmoni. Di awal pertemuan, pihak KIDU menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak IAIN Raden Fatah yang menerima lepasan mahasiswa KIDU ke IAIN Raden Fatah terutama di Fakulti Syariah. Pada tahun ini, kumpulan ketiga mahasiswa KIDU yang menyambung pengajian di sini. Selain itu, turut dibincangkan beberapa perkara untuk mengukuhkan hubungan di antara kedua pihak. Antaranya program pertukaran pelajar, pertukaran pensyarah dan sebagainya. Pihak Fakulti Syariah IAIN Raden Fatah yang diwakili oleh Dekannya, Prof Dr Duski Ibrahim menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada KIDU kerana sudi meng

KUMPULAN KETIGA LEPASAN KOLEJ ISLAM DARUL ULUM KE IAIN RADEN FATAH

Kolej Islam Darul Ulum yang menjalin hubungan kerjasama dengan pihak Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Republik Indonesia telah menghantar lepasannya buat kali ketiga sepanjang dua tahun yang lepas. Seramai 2 orang lepasan KIDU iaitu Ahmad Muddatsir bin Ayob dan Mohamad Ezry bin Che Dan menyambung pengajian di tahun akhir di IAIN Raden Fatah. Rombongan pelajar ini dihantar oleh Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat KIDU, saudara Mohd Hanifi bin Hj Ahmad Jamaludin berangkat pada 3 Oktober yang lepas dari LCCT dan transit di Jakarta sebelum meneruskan penerbangan ke Palembang. Sesampai di Palembang, para pelajar ini langsung ditempatkan di Asrama IAIN Raden Fatah. Lepasan kali ini menyambung pengajian di jurusan Perbandingan Mazhab dan Hukum di Fakulti Syariah. Mereka yang ditemui merasa gembira dapat menyambung pengajian di sini dan mengharapkan agar dapat menimba ilmu dan pengalaman yang sebaiknya sebagai bekalan pulang ke Malaysia
Ustaz Zawawi bin Hj Ahmad memberi ucapan dan penerangan Pelajar-pelajar 3 Thanawi SMIDU MAJLIS PERTEMUAN PENTADBIRAN KOLEH ISLAM DARUL ULUM DAN PELAJAR 3 THANAWI SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL ULUM. 30 September yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) telah mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar tahun akhir (3 thanawi) Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU). Pertemuan ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan lebih terperinci berkaitan program-program yang ditawarkan di KIDU selain menjelaskan berkaitan pentadbiran KIDU. Program ini di anjurkan memandangkan pelajar-pelajar SMIDU tersebut merupakan pelajar tahun akhir yang akan menduduki peperiksaan Syahadah Thanawiyah dan akan menyambung pengajian di Pusat Pengajian Tinggi. Inisiatif ini di ambil oleh Jabatan Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat bertujuan agar lepasan SMIDU menyambung pengajian di KIDU. Ini selaras dengan struktur yang sedia ada iaitu lepasan SMIDU menyambung pengajian di KIDU. Pada per

Kursus Intensif Bahasa Arab & Al-Quran