Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Program Pengajian Tafaqquh di KIDU

Amanat Al-Marhum Dato Haji Fadhil Mohd Nor " Adalah menjadi harapan saya agar Muassasah Darul Ulum yang sama-sama kita asaskan ini akan dapat melahirkan ulamak yang mampu mendorong dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup,melahirkan intelektual Islam yang berkemampuan dalam berbagai bidang kehidupan dan mampu menangani pemasalahan Ummah dan negara” Berasaskan kenyatan di atas KIDU akan menawarkan Program Pengajian Tafaqquh Fid Din secara talaqqi bersama ulamak bermula Feb 20011.Program tersebut terbuka kepada semua lepasan Ijazah Pertama Pengajian Islam daripada universiti dalam dan luar negara.Kumpulan pertama pelajar disasarkan sekitar 20 hingga 25 orang sahaja dan terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pengajian dan penginapan sepenuhnya di Kolej Islam Darul Ulum.Tempoh pengajian adalah sekitar tiga tahun dengan sukatan pengajian berasaskan Madrasah Tafaqquh yang pernah dijalankan di Masjid Muhammadi Kelantan,Madrasah Solatiah serta Pengajian Tafaqquh di Masjid Ha

Lulusan KIDU Menamatkan Pengajian di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah

Kolej Islam Darul Ulum sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila lulusan KIDU yang merupakan kumpulan pertama yang menyambung pengajian di tahun akhir di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Republik Indonesia berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2010. Pelajar KIDU tersebut terdiri dari seorang mahasiswa iaitu Saudara Mohd Hanifi bin Haji Ahmad Jamaludin dan seorang mahasiswi iaitu Saudari Nor Fairuz Azizah binti A Ghani menyambung pengajian di sini pada bulan ogos 2009 dan menyelesaikan pengajian pada bulan julai 2010. Kedua orang pelajar ini menyambung pengajian di Fakulti Syariah dalam jurusan Perbandingan Mazhab dan Hukum (PMH). Pada Majlis Konvokesyen Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah yang ke 51 yang di adakan pada 28 Disember yang lalu, mereka telah di anugerahkan Sarjana Hukum Islam dari Institut berkenaan. Sehari sebelum itu, mahasiswa ini di raikan di satu majlis peringkat fakulti yang disebut Majlis Yudisium Fakulti Syariah meliba