Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

SUKATAN KELAS TAFAQQUH FID DIN

a. Sukatan Utama هارين حاشية الجمال على الجلالين تفسير القران 01. بركلا الإتقان فى علوم القرأن علوم القرأن 02. هارين صحيح بخارى دان مسلم علم الحديث 03. بركلا تدريب الراوي علوم الحديث 04. هارين مغني المحتاج الفقه المنهجي فقه الشافعي 05. هارين فقه الإسلامي و أدلته فقه المقارن 06. بركلا شرح منهاج الوصول الى علم الأصول أصول الفقه 07. بركلا شرقاوي على الهدهدي شرح جوهرة التوحيد التوحيد 08. هارين التصوف فى الإسلام احياء علوم الدين التصوف 09 بركلا فقه الدولة – القرضاوى فقه الدولة 10 b. Sukatan Tambahan فرلقسنأن كلس بيدغ فغاجين بيلاعن هاري سبت علم البلاغة 01. هاري سبت علم المنطق 02. هاري سبت تاريخ التشريع 03. هاري سبت النظم الإسلامية 04. هاري سبت القرأن و التجويد 05. هاري سبت الفقه الحركي 06. هاري سبت السيرة النوية 07. كورسوس خاص بهاس اغكريس 08. كورسوس خاص بهاس عرب 09. لاتيهن سجار بركلا دان عملي دعوة مشاركت فعوجافن اوم 10.

6 Pelajar Kemboja Menyambung Pengajian Di KIDU.

Seramai 6 orang pelajar dari Negara Kemboja telah mendaftar sebagai calon STAM di Kolej Islam Darul Ulum. Mereka yang tiba di Bukit Kayu Hitam (sempadan Malaysia-Thailand) pada 31 Januari 2011 telah disambut oleh Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT, saudara Mohd Hanifi dan Penolong Pendaftar Akademik, Ustaz Azamuddin. Para pelajar ini tiba di sempadan Malaysia-Thailand pada jam 11 dan telah diurus berkaitan keizinan memasuki Negara ini. Mereka ini diiringi oleh Ustaz Haji Arsyad yang merupakan Pembantu 4 bagi Mufti Kerajaan Kemboja, Sheikh Haji Kamaruddin Yusof. Sebelum tiba di KIDU, para pelajar diraikan di satu majlis makan tengahari. Ustaz Haji Arsyad yang ditemui mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KIDU yang sudi menerima para pelajar dari Kemboja untuk mengikuti dan menduduki peperiksaan STAM disini. Pihak KIDU juga menerima panggilan langsung dari Sheikh Haji Kamaruddin Yusof sejurus para pelajar ini tiba. Dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan KIDU dapat memba

Keputusan STAM - KIDU Catat Sejarah.

Keputusan STAM telah di umumkan olej Kementerian Pelajar pada 31 Januari 2011. KIDU yang pertama kali mendapat keizinan Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk dijadikan pusat peperiksaan STAM pada tahun lepas mencatat sejarah tersendiri apabila seorang pelajar KIDU telah mendapat keputusan Mumtaz (Cemerlang). Selain itu, seramai 4 orang pelajar telah mendapat keputusan Jayyid Jiddan (Sangat Baik). Malah, 12 orang pelajar telah mendapat keputusan Jayyid (Baik) dan 4 orang mendapat Maqbul (Lulus). Pelajar yang mendapat keputusan Mumtaz adalah saudari Adila Bt Safiudin yang merupakan lepasan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Penolong Pendaftar Akademik, Ustaz Azamuddin Abdul Aziz melahirkan rasa kesyukuran di atas keputusan yang diperolehi para calon-calon STAM dari KIDU. Ini membuktikan kemampuan pembelajaran dan pengajaran yang diterapkan di KIDU. Beliau yang ditemui berkata “ keputusan ini sebagai bukti kemampuan pembelajaran dan pengajaran yang di jalankan di KIDU. Ini kerana, kaedah pem