Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

MAKLUMAT PENDAFTARAN STAM DI KOLEJ ISLAM DARUL ULUM

Pendaftaran untuk kelas pengajian program STAM di Kolej Islam Darul Ulum telah ditutup. Ini memandangkan tarikh akhir pendaftaran di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk peperiksaan STAM adalah pada 31 Mac 2011. Sehubungan itu, pihak KIDU memohon jutaan kemaafan kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk mendaftarkan diri pada Program STAM selepas tarikh tersebut tidak dapat diterima lagi. Pada masa yang sama, pihak KIDU juga dalam perancangan untuk menambah kouta dan bilangan pelajar STAM disini. Untuk pendaftaran sesi hadapan, pihak kami mengharapkan agar para pelajar dapat mendaftarkan diri lebih awal. Terima kasih.

JAMUAN MAHABBAH KOLEJ ISLAM DARUL ULUM

Pada 14 April 2011 yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum telah menganjurkan Majlis Jamuan Mahabbah untuk mengenang jasa-jasa mereka yang pernah berkhidmat di sini. Antaranya adalah Pensyarah Mesir dari KUIN, Staf pentadbiran yang telah berhenti dan sebagainya. Tujuan jamuan ini di anjurkan selain untuk mengenang jasa mereka yang pernah berkhidmat disini adalah mengeratkan hubungan silaturrahim. Ini sebagai menunjukkan bahawa hubungan yang terjalin antara Kolej Islam Darul Ulum dan mereka yang pernah berkhidmat tidak pernah putus dan sentiasa berhubungan. Di dalam ucapan Pengarah Akademik, ustaz Ahmad Bin Abdullah menyatakan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang pernah berkhidmat di Kidu. Beliau juga berharap hubungan yang terjalin ini akan terus berkekalan. Selain itu, beliau berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar KIDU terus bergerak dan maju kehadapan dalam melahirkan golongan ulama yang mampu menyelesaikan permasalahan ummat. Nasi Briani berlaukkan gulai

KIDU MENGUNJUNGI KOLEJ UNIVERSITI DARUL QURAN ISLAMIYYAH.

Pada hari selasa yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum telah mengunjungi Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) di Manir, Terengganu. Delegasi KIDU diketuai oleh YBhg Ustaz Haji Zawawi Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KIDU. Turut serta dalam rombongan ini adalah Penolong Pendaftar Pentadbiran dan HEP, Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah, Penolong Pendaftar Akademik, Ustaz Azamuddin Abdul Aziz dan Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT, Ustaz Mohd Hanifi Haji Ahmad Jamaludin. Pelbagai perkara yang dibincangkan ketika pertemuan ini yang bertujuan meningkat keilmuan di kalangan pelajar dalam penyediaan melahirkan pelapis ulama’ yang mampu menangani permasalahan ummah. Pihak KIDU telah disambut oleh Pengarah KUDQI, Ustaz Mahmud, Timbalan Pengarah Akademik, Ustaz Saud dan Ustaz Ismail. Di akhiri pertemuan itu, pihak KIDU telah mengunjungi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, YB Dato’ Harun Taib.

KUNJUNGAN IMAM MASJID UNIVERSITI AL-AZHAR KE MUASSASAH DARUL ULUM

Muassasah Darul Ulum telah menerima kunjungan rasmi dari Sheikh Asyraf Hameed Hasani, Imam 3 Masjid Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Kunjungan rasmi Sheikh bersempena Majlis Maulidurrasul. Pihak Muassasah Darul Ulum telah mengambil peluang dengan kehadiran Sheikh ke sini dengan menganjurkan program Maulidurrasul yang diadakan di Masjid Muassasah Darul Ulum. Dalam ceramah tersebut, beliau membicarakan berkaitan adab ketika belajar. Kerana dalam menuntut ilmu, ada 3 konsep yang digunakan. Antara konsep tersebut, pertama adalah pelajar belajar dengan guru. Kedua, pelajar belajar dengan kawan dan yang ketiga adalah guru belajar dengan pelajar. Konsep ketiga ini berbentuk seperti apabila para pelajar bertanyakan guru,guru mengambil masa untuk menjawab persoalan pelajar. Sehinggakan guru tersebut harus membuka buku untuk mencari jawapan. Ini secara tidak langsung menyebabkan guru itu belajar lain. Pada ceramah ini juga, sheikh telah membahaskan berkaitan sifat Nabi Muhamnmad S.A.W. An

KIDU KIAN MENDAPAT SAMBUTAN

Kolej Islam Darul Ulum semakin mendapat sambutan dari pihak luar Negara terutama umat Islam Selatan Thailand apabila seramai 2 orang pelajar perempuan mendaftar masuk untuk mengikuti pengajian peringkat diploma di sini pada hari ini. Mereka disambut oleh al-Fadhil Ustaz Haji Zawawi Bin Haji Ahmad telah diberi penerangan berkaitan kursus yang ditawarkan serta yuran kepada waris dan para pelajar. Pertambahan 2 orang mahasiswi baru ini menjadikan 6 orang mahasiswi dari Selatan Thailand yang menuntut di Kidu. Pelajar ini yang ditemui menyatakan keyakinan dan semangat untuk menyambung pengajian di sini kerana yakin dengan cara dan kaedah pembelajaran yang diterapkan di KIDU. Ini turut di akui oleh para waris yang berasa yakin dengan kaedah dan cara pembelajaran di KIDU mampu melahirkan generasi yang memahami dan mengamalkan serta menyebarkan Islam kepada semua. Pihak KIDU mengucapkan Selamat Datang kepada mahasiswi baru dari Selatan Thailand

KIDU MAKIN MENDAPAT SAMBUTAN

Kolej Islam Darul Ulum semakin mendapat sambutan ramai terutama dikalangan pelajar yang ingin mendalami pengajian Islam. Ini terbukti apabila kemasukan ke pelbagai kursus di Kidu menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Antara kursus yang menerima pelajar yang ramai adalah Kursus STAM. Seramai 67 orang pelajar telah mendaftarkan diri sebagai pelajar Kursus STAM di Kidu berbanding 45 Orang tahun lalu. Penolong Pendaftar Pentadbiran dan Hal Ehwal Pelajar, Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah berkata, kecenderungan pelajar masa kini adalah mendalami pengajian agama. “ ini adalah satu perkembangan yang baik yang juga akan memberi pulangan yang baik kepada masyakarat ke arah mendalami ilmu-ilmu Islam apabila lepasan-lepasan agama makin banyak dikalangan masyarakat. Kita mengharapkan agar para pelajar yang menuntut di KIDU dapat membawa masyarakat ke arah yang lebih baik ”. Beliau yang mengambil alih tugasan Pendaftar, Tuan Haji Che Din Bin Arshad yang bercuti berpuas hati dengan pendaftaran