Siri Wacana Akademik Kolej Islam Darul Ulum 2013. Siri 1 : Syiah dan Krisis di Syria Perdaftaran dibuka sekarang. Hubungi kami di 04 – 7825754( Pejabat),012-5642132( Pen. Pendaftar ). http:// www.kidu-darululum.blogspot.com

Sunday, May 22, 2011

KUNJUNGAN KIDU BERSAMA ROMBONGAN IKBA KE THAILAND

Kolej Islam Darul Ulum yang menganggotai Ikatan Kolej Berkembar Antarabangsa (IKBA) telah mengikuti rombongan ke Negara jiran, Thailand pada 19 dan 20 Mei yang lalu. Program ini merupakan program susulan selepas Persidangan Meja Bulat Pegawai Tinggi IKBA dan Mesyuarat Agung IKBA yang diadakan di Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Program lawatan ini dianjurkan oleh tuan rumah Mesyuarat Agung IKBA. Pihak KIDU diwakili oleh Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah selaku Pendaftar, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin, Penolong Pendaftar dan Ustaz Mohd Firdaus Bin Hat, Penolong Pensyarah.
Ahli rombongan berkumpul di KUIN pada jam 8.30 pagi dan kemudian berangkat menuju ke Bukit Kayu Hitam menaiki bas. Selepas memasuki Thailand, ahli rombongan telah dibawa melawat Pusat Islam Songkhla. Setibanya di sana, ahli rombongan telah disambut oleh Ustaz Haji Hashim selaku Timbalan Yang Di-Pertua Pusat Islam Songkhla. Selain itu, beberapa pimpinan Pejabat Sheikhul Islam juga menyambut ahli rombongan. Antaranya Ustaz Abdul Latif, Ustaz Abdul Rashid, Tuan Haji Hanafi dan Tuan Haji Abdul Rahman. Pihak rombongan telah diberikan penerangan berkaitan tugas dan tanggungjawan Pejabat Sheikhul Islam antaranya sebagai pusat pengeluaran surat pengesahan Islam, Penterjemahan sijil-sijil dan sebagainy. Pihak Sheikul Islam juga menjadi penasihat kepada Kerajaan Thailand berhubungan apa jua perkara yang melibatkan agama Islam.
Selepas itu, ahli rombongan dibawa melawat Madrasah Nahdhah Diniah di Hat Yai. Sekolah yang menempatkan 1800 Orang pelajar bermula dari peringkat Tadika hingga ke peringkat menengah atas. Apa yang menarik di sekolah ini, bukan hanya pelajar yang harus menduduki peperiksaan, malah guru-guru juga akan menduduki peperiksaan. Mana-mana guru yang memperolehi nilai 50 peratus ke bawah, akan diberhentikan. Guru-guru yang mendapat 51-60, akan diberi amaran. Manakala 61 ke atas, akan dinaikkan elaun dan gaji. Secara tidak langsung, ini akan memberi semangat kepada guru-guru untuk meningkatkan prestasi mengajar sehingga mampu melahirkan pelajar yang terbaik.
Ahli rombongan dibawa ke hotel dan seterusnya acara bebas sehingga pulang pada keesokan harinya. Pihak KIDU mengharapkan lawatan kali ini dapat mengeratkan hubungan di kalangan anggota IKBA dan juga masyarakat Islam di Selatan Thailand.

Sambutan 10 Tahun Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum

Kolej Islam Darul Ulum akan menganjurkan Majlis Konvokesyen Kali Ke 10 bermula dari 28, 28 hingga 30 Julai 2011 (Khamis hingga Sabtu). Pelbagai acara menarik telah disusun atur oleh pihak urusetia penganjuran. Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohamed Taulan Bin Mat Rasul, 28 Julai 2011. Antara program yang telah dirancang dan akan diadakan adalah Pertandingan Dalam Dewan melibatkan pertandingan pidato, kuiz, sajak, nasyid, tilawah dan hafalan. Manakala acara padang pula melibatkan pertandingan bola sepak 8 sebelah, gusti lengan, tarik tali, sepak raga bulat dan memasak. Pertandingan ini akan disertai para pelajar sekolah-sekolah agama seluruh negeri Kedah terdiri sekolah-sekolah di bawah pengurusan HESA, SAR dan Maktab Mahmud. Pada sebelah malam, majlis ini akan diserikan dengan kuliah maghrib oleh penceramah-penceramah terkenal. Selepas isya’, akan diadakan Ceramah Perdana yang akan menampilkan pimpinan utama PR. Antara yang dijangka hadir ialah YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah), YB Dato’ Haji Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena), YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), YBhg Dato’ Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am), YB Dato’ Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan), YB Tuan Haji Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan YB Saifuddin Nasution Ismail (Ahli Parlimen Machang). Pihak urusetia juga menganjurkan bacaan tahlil dan tadarus 30 juzu’ kepada arwah yang tersayang dengan bentuk jualan kupon dengan bayaran RM 10 untuk satu nama. Selain itu, pihak urusetia mempelawa mana-mana individu yang ingin menyertai skim akikah sempena Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum dengan harga RM 350 untuk setompok. Tempahan tapak gerai jualan sudah dibuka. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Ustaz Mohd Hanifi di talian 012-5642132

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger