Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

KURSUS BAHASA ARAB KE MESIR DAN TIMUR TENGAH

Kolej Islam Darul Ulum melangkah maju setapak lagi dalam mengembangkan penggunaan bahasa arab di Negara ini. Program terbaru anjuran Kolej ini iaitu Kursus Bahasa Arab untuk para pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Mesir atau Timur Tengah. Program ini akan bermula dari 13 Jun hingga 12 Julai 2011 akan memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan penggunaan bahasa arab di Asia Tengah disamping cuba untuk menghidupkan suasana arab di kalangan para pelajar agar dapat membiasakan diri sebelum ke sana. Program ini merupakan lanjutan dari Kem Bahasa Arab peringkat rendah dan menengah yang di anjurkan oleh KIDU sebelum ini. Kursus kali ini akan menekankan 5 aspek pembelajaran kepada para pelajar. Pertamanya pengunaan dan penguasaan Bahasa Arab Pasar atau lebih dikenali bahasa arab Ammiyyah. Kedua adalah kaedah penggunaan bahasa arab buku atau bahasa arab fushah. Pihak KIDU juga akan menekankan para pelajar berkaitan pengajian Fardhu Ain yang merupakan aspek ketiga dalam kursus ini

Kunjungan Alumni SMKA Limawan Sabah ke Kolej Islam Darul Ulum.

Sabtu yang lalu (28 Mei 2011) yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) telah menerima kunjungan dari Alumni-alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limawan, Sabah. Rombongan ini diketuai oleh Saudara Salman Bin Ismail yang merupakan anak kepada Mantan Mufti Sabah, S.S Sheikh Ismail Abbas. Tujuan kunjungan ahli rombongan adalah dalam rangka melawat dan menziarahi guru-guru yang pernah menabur bakti di SMKA Limawan. Di pihak KIDU, Ustaz Ahmad Bin Lazim yang merupakan Bendahari Majlis Muassasah Darul Ulum pernah mengajar di sekolah tersebut selain Ketua Pegawai Eksekutid, Ustaz Haji Zawawi Bin Haji Ahmad juga berkhidmat di Sabah. Pertemuan kali ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak KIDU dan ahli rombongan. Rombongan ini disambut oleh Ustaz Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin selaku Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT. Di majlis ini, pihak KIDU menerangkan berkaitan program dan perjalanan KIDU kepada ahli rombongan. Ustaz Haji Zawawi yang had

KURSUS BAHASA ARAB PERSEDIAAN KE TIMUR TENGAH

ANDA PELAJAR YANG AKAN MENYAMBUNG PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH??? INGIN MEMPELAJARI BAHASA ARAB PASAR SEBAGAI PERSEDIAAN?? KOLEJ ISLAM DARUL ULUM MENGANJURKAN PROGRAM KURSUS BAHASA ARAB PERSEDIAAN KE TIMUR TENGAH SELAMA SEBULAN 13 JUN HINGGA 12 JULAI 2011 KEISTIMEWAAN KURSUS 1. MENGUASAI BAHASA ARAB PASAR ('AMMIYAH). 2. SUASANA ARAB. 3. DIKENDALIKAN OLEH TENAGA PENGAJAR YANG DIDATANGKAN KHAS DARI MESIR DAN YAMAN. 4. YURAN BERPATUTAN TERMASUK MAKANAN, PENGINAPAN DAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN 5. KELAS BAHASA INGGERIS YANG ASAS UNTUK KEGUNAAN LUAR NEGARA. 6. PEMBELAJARAN DAN PENGUKUHAN FARDHU AIN 7. TAMBAHAN KELAS KITAB JAWI. YURAN HANYA RM 900.00 SELAMA SEBULAN.... JANGAN LEPASKAN PELUANG INI... Berminat : Sila Hubungi Pejabat KIDU : 04-7825754 Ustaz Mohd Firdaus : 019 - 4515257 Ustaz Mohd Hanifi : 012 - 5642132