Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

GRADUAN RAMADHAN

1 Syawal – Beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan ramadhan . Bulan barakah bulan yang sangat istimewa. Ramadhan seumpama madrasah yang mengandungi kurikulum dan sukatannya yang tersendiri yang disediakan oleh Tuhan Rabul Jalil bagi mendidik siswa - siswinya dengan pakej yang begitu unik bagi lahir sebagai mahasiswa yang cemerlang dengan anugerah “ Takwa “ pada hari konvokesyennya di bulan sywal. Berapa ramai siswa siwi madrasah ramadhan yang tidak berjaya dijemput untuk menerima ijazah pada hari konvokesyennya kerana tidak lulus dan perlu mengulang semula pada tahun yang seterusnya. Semoga kita semua layak menerima anugerah di konvokesyen ramadhan dan merasa gembira dengan penuh syukur seperti Sabda Nabi saw “ Bagi yang berpuasa dua kegembiraan , pertama hari raya kedua bertemu Tuhan di syurga “ Apa yang penting latihan ramadhan selama sebulan adalah contoh diari muslim yang diredhai Alah, maka teruskan diari dan takwim ramadhan ini sepanjang hidup

IFTOR JAMAI’I KAKITANGAN DAN PELAJAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM

Berbaki seminggu bulan yang mulia, Ramadhan al-Kareem akan melabuhkan tirainya bagi tahun ini, Kolej Islam Darul Ulum telah menganjurkan program berbuka bersama pada 22 Ogos yang lalu. Program ini melibatkan semua jemputan kakitangan pentadbiran dan akademik KIDU serta para pelajar di semua peringkat. Program yang berlangsung di Terap Inn, Kuala Nerang dalam suasana yang ceria dan meriah. Dimulakan dengan ucapan Ustaz Abdul Ghani Abdullah selaku Pemangku Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan dan pelajar yang hadir pada majlis ini. Majlis ini juga merupakan majlis menghargai pensyarah dan pelajar yang telah bertungkus lumus menjayakan program Pesta dan Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum pada 28 hingga 30 Julai yang lalu. Program tersebut yang berlangsung meriah menunjukkan kesepakatan yang terjalin kukuh di Kolej Islam Darul Ulum selain kerjasama yang cuk

Mengembalikan kegemilangan legasi Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor

Artikel Sumbangan Harakah  Oleh  IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my   Menginjak kaki ke lapangan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena menghadirkan rasa tenang yang mendamaikan walaupun di balik kedengaran suara-suara garau lantunan isu kitab  turath . Dalam asyik bola mata melihat sergaman indah perkampungan ilmu tersebut, tidak lupa di sana juga hening pusara yang bersemadi jasad insan kesayangan ramai; Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor. Segera gambaran lalu melintas di tabir ingatan mata dan tanpa semena-mena tangisan mula mengesak, terasa seperti adanya kehilangan besar dijiwa. Tentunya perasaan itu jauh lebih membungkam di hati mereka yang pernah bersama Almarhum dalam perjuangan ini. Setidak-tidaknya mengimbau kebangkitan untuk mempertahankan tanah Muassasah dari dirampas pemerintah zalim ketika itu. Ada yang diseret kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sebahagian dari mereka telah pun pergi bersama beliau.

KUNJUNGAN SHEIKH MAHMUD SIYAM KE MUASSASAH DARUL ULUM

Imam Besar Masjid al-Aqsa, Sheikh Mahmud Siyam telah meluangkan masa mengunjungi dan menziarahi bumi Muassasah Darul Ulum pada 21 Ogos yang lalu. Beliau yang berada di Malaysia dalam rangka lawatan sempena bulan ramadhan pada tahun ini. Kedatangan beliau disambut oleh Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin serta para pelajar Kolej Islam Darul Ulum dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Pada kesempatan kunjungan beliau pada kali ini, pihak KIDU telah menganjurkan Majlis Tazkirah Ramadhan di Masjid Muassasah Darul Ulum Beliau telah menyentuh agar para pelajar, muslimin dan muslimat keseluruhan agar merebut peluang 10 akhir ramadhan dan mendoakan agar memperolehi ganjaran malam Lailatul Qadr. Beliau mengingatkan hadirin supaya memperbanyakkan doa untuk membebaskan diri dari api neraka, berdoa membebaskan kaum keluarga dari siksaan api neraka selain memperbanyakkan membaca al-Qura

LAWATAN MUHIBBAH KOLEJ ISLAM DARUL ULUM KE CENTRE OF FOUNDATION STUDIES (IIUM), PETALING JAYA.

Pihak KIDU bergambar di hadapan pintu masuk CFS,IIUM Petaling Jaya, Selangor.  Seramai enam orang kakitangan KIDU telah mengadakan lawatan muhibbah ke CENTRE OF FOUNDATION STUDIES (CFS) IIUM, PETALING JAYA pada 19 Ogos 2011 yang lalu anjuran Jabatan Bahasa Arab KIDU diketuai oleh Ustaz Zakaria bin Ismail selaku Dekan Kuliyyah Shariah, Ustaz Abdul, Ghani bin Abdullah, selaku Pendaftar, dan Ustazah Raudzah binti Sheikh Salleh, selaku Ketua Jabatan Bahasa Arab. Lawatan ini bertujuan merapatkan jalinan ukhuwah di antara pihak KIDU dengan pihak Jabatan Bahasa Arab CFS, IIUM yang diwakili Ketua Jabatan Bahasa Arab, Dr. Zairul bin Mat Zain, Dr. Phuzi bin Usop serta empat orang pensyarah dan kakitangan daripada jabatan tersebut.   Perbincangan di antara pihak CFS, IIUM dan pihak KIDU Selain itu, lawatan ini diadakan bagi mendapatkan bahan-bahan pengajaran daripada pihak CFS, IIUM bagi memantapkan lagi sistem pembelajaran Bahasa Arab di K

PESTA DAN MAJLIS KONVOKESYEN KIDU MERIAH – HARI KETIGA (KEMUNCAK).

Hari ketiga Pesta dan Majlis Konvokesyen KIDU kali ke-X merupakan hari kemuncak program tiga hari yang di adakan di sini. Pada hari ini, para graduan akan menerima diploma Pengajian Islam. Program bermula tepat pada jam 9.30 pagi. YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak tidak dapat hadir pada penyampaian kali ini dan beliau diwakili oleh YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum. Ketibaan beliau disambut oleh al-Fadhil Ustaz Zawawi Haji Ahmad dan kakitangan Kolej Islam Darul Ulum. Penyampai ucap tama Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum iaitu YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS tiba pada jam 9.15 Pagi. Ketibaan beliau disambut seluruh warga Muassasah Darul Ulum. Tepat jam 9.40 Pagi, perarakan masuk graduan ke Dewan Utama Majlis Konvokesyen KIDU. Manakala perarakan besar masuk ke Dewan Utama pada jam 9.50 pagi yang terdiri Presiden PAS, Timbalan Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum, Ahli-ahli Majlis Kolej Islam D

PESTA DAN MAJLIS KONVOKESYEN KIDU MERIAH – Hari Kedua.

Pesta Konvokesyen KIDU kali ke-X bersambung pada hari jumaat 29 Julai 2011, hari kedua penganjuran program ini. Pertandingan mewarna, azan, bercerita dan hafalan surah-surah lazim melibatkan kanak-kanak PASTI mewarnai pagi jumaat. Kehadiran 19 wakil PASTI di dalam kawasan Parlimen Pokok Sena memberi suatu kemeriahan luar biasa di KIDU. Pada masa yang sama bertempat di Masjid Muassasah Darul Ulum sedang berlangsung kuliah dhuha yang disampaikan oleh Pengarah Akademik KIDU, al-Fadhil Ustaz Ahmad Bin Abdullah. Pada hari kedua juga menyaksikan pertandingan padang mewarnai program ini. di padang bola, berlangsung pertandingan bola sepak 8 sebelah melibatkan sekolah-sekolah agama seluruh negeri kedah. 8 pasukan dari 8 sekolah menghantar wakil. Format liga digunakan dalam pertandingan bola sepak kali ini. selain itu, di hadapan bangunan KIDU, berlangsung pertandingan sepak takraw terbuka. 16 Pasukan telah mendaftar untuk menyertai pertandingan ini. Program pada hari kedua ini berhenti rehat

PESTA DAN MAJLIS KONVOKESYEN KIDU MERIAH - Hari Pertama

Pesta dan Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum pada 28 hingga 30 Julai 2011 berlangsung dalam suasana meriah dan ceria. Program sebegini yang sekian lama tidak dianjurkan telah mendapat sambutan yang memberansangkan dari pelbagai pihak dan lapisan masyarakat. Pelbagai acara menarik yang telah disusun oleh pihak jawatankuasa sepanjang program tiga hari ini. Pada hari pertama diadakan Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen KIDU Kali Ke-X. Perasmian ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Kolej Islam Darul Ulum yang juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB Dato’ Mohamed Taulan Bin Mat Rasul. Dalam ucapan perasmian, beliau mengucapkan tahniah atas kemampuan KIDU menganjurkan program ini setelah sekian lama tidak di anjurkan. “Saya berharap penganjuran program ini akan menaikkan imej dan keupayaan KIDU kepada masyarakat umum ”, tambah beliau. Selesai ucapan, beliau telah dijemput menyempurnakan gimik perasmian Pesta Konvokesyen KIDU Kali Ke-X. Setelah itu