Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah

LAWATAN PERSATUAN KEBAJIKAN SISWA UTARA (PAKSU) DARUL QURAN, JAKIM KE KOLEJ ISLAM DARUL ULUM

Pihak Kolej Islam Darul Ulum telah menerima kunjungan pelajar dari Darul Quran, Jakim ke sini pada khamis 13 Oktober yang lalu. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Siswa Utara atau singkatannya PAKSU disertai seramai 88 orang pelajar terdiri dari 44 orang lelaki dan 44 orang perempuan. Rombongan dan lawatan ini dalam rangka menziarahi institusi pengajian yang ada di negeri Kedah samada institusi pengajian tinggi atau rendah. Rombongan ini disambut oleh Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin selaku Penolong Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum dan Ustaz Abdul Manan Bin Abdul Aziz. Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah selaku Pemangku Pendaftar mengucapkan selamat datang kepada ahli rombongan yang berkunjung ke Kolej Islam Darul Ulum. “KIDU telah ditubuhkan hasil dari perjuangan dari pengorbanan masyarakat yang ingin melihat satu institusi pendidikan Islam di Kedah dibina. Malah KIDU dibayai sepenuhnya oleh masyarakat Islam seluruh Malaysia dengan harapan agar para pelajar ya

MAJLIS BACAAN YASIN MENGHADAPI PEPERIKSAAN STAM 2011

Kolej Islam Darul Ulum melalui Pejabat Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin untuk para pelajar program STAM yang akan menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini. Seramai 104 orang pelajar yang mendaftar program STAM di KIDU akan mula menduduki peperiksaan pada minggu ini. Majlis bacaan yasin ini diketua oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Abdullah selaku Pengarah Akademik KIDU memohon kepada Allah S.W.T agar memberikan kejayaan kepada para pelajar di dalam menghadapi peperiksaan tersebut. Tahun ini merupakan tahun kedua KIDU menjadi pusat peperiksaan STAM. Pihak KIDU mendoakan agar para pelajar dapat menjawab dengan baik di dalam pereriksaan kali ini seterusnya beroleh kejayaan yang membanggakan.

KEM BAHASA ARAB PERINGKAT RENDAH 2011 KEMBALI lAGI.......

Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah yang dianjurkan oleh Kolej Islam Darul Ulum kembali menghiasi musim cuti sekolah pada tahun ini. Pada tahun lalu, program ini tidak dapat dianjurkan atas beberapa sebab teknikal. Namun, dengan permintaan dan rasa tanggungjawab, Pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum bersetuju untuk menganjurkan semula dengan penambahan serta penambah baikkan dari pelbagai sudut agar para pelajar yang menyertai program ini akan bertambah ilmu dan pengalaman. Program Kem Bahasa Arab peringkat rendah pada tahun ini akan bermula pada 27 November 2011 hingga 18 Disember 2011. Program selama 21 hari ini akan menekankan beberapa aspek sebagai silibus kem. Aspek-aspek tersebut adalah Penguasaan Bahasa Arab dari sudut penulisan, pemahaman dan pembacaan. Aspek lain yang ditekankan adalah fardhu ain dan asas-asas kepimpinan selain sesi hafalan al-Quran. Program ini hanya menerima 80 orang pelajar sahaja untuk diasuh dan dididik oleh guru-guru berpengalaman lepasan dari timur tengah.