Siri Wacana Akademik Kolej Islam Darul Ulum 2013. Siri 1 : Syiah dan Krisis di Syria Perdaftaran dibuka sekarang. Hubungi kami di 04 – 7825754( Pejabat),012-5642132( Pen. Pendaftar ). http:// www.kidu-darululum.blogspot.com

Wednesday, November 09, 2011

Sambutan AIDIL ADHA 1432 H

Menelusuri sejarah korban yang bermula dari peristiwa Sayyidina Ibrahim A.S dan anaknya, Sayyidina Ismail A.S mematuhi perintah Allah S.W.T telah melaksanakan dengan penuh ketaqwaan dan penghambaan kepada Sang Pencipta. Tanpa bertanya lanjut, dan tanpa rasa mengeluh, kedua-dua beranak ini melaksanakannya. Allah S.W.T menukarkan perintah menyembelih Ismail A.S dengan seekor kibas yang sihat untuk disembelih. Peristiwa ini dikenang dan dihayati umat Islam dengan melaksanakan korban pada setiap tahun di bulan Dzulhijjah bersempena Aidil Adha. Sempena kedatangan Aidil Adha 1432 H, Kolej Islam Darul Ulum tidak ketinggalan melaksanakan ibadah korban yang sangat dituntut di dalam Islam. Pada tahun ini, seekor lembu yang disumbangkan oleh individu kepada KIDU untuk dilaksanakan korban. Korban tersebut dilaksanakan pada hari raya pertama Aidil Adha yang lalu. Agihan daging korban diberi kepada staf kakitangan Kolej Islam Darul Ulum dan dibuat jamuan untuk semua para pelajar Kolej Islam Darul Ulum selain diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Pihak Kolej Islam Darul Ulum mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang dan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan dengan kaedah pengagihan daging korban diperluaskan kepada masyarakat luar.

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger