Siri Wacana Akademik Kolej Islam Darul Ulum 2013. Siri 1 : Syiah dan Krisis di Syria Perdaftaran dibuka sekarang. Hubungi kami di 04 – 7825754( Pejabat),012-5642132( Pen. Pendaftar ). http:// www.kidu-darululum.blogspot.com

Saturday, December 31, 2011

Pendaftaran STAM di Kolej Islam Darul Ulum

Bermula pada tahun 2012, pihak Kolej Islam Darul Ulum telah memulakan sesi pengajian bagi program Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mengikut kebiasaan, pendaftaran STAM akan bermula pada bulan Mac, namun tahun ini telah dimulakan pada bulan Januari. Ini adalah sebagai persediaan kepada para pelajar untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan pada bulan Oktober setiap tahun.
Tempoh 10 bulan adalah dilihat lebih mampu untuk memberikan pendedahan yang berguna kepada semua pelajar. Ini kerana silibus pengajian yang dilihat tidak mampu untuk dihabiskan dalam masa 7 bulan dimulai bulan Mac hingga Oktober. Untuk mereka yang berminat untuk mendaftarkan diri sebagai Pelajar STAM di KIDU, pengambilan akan diteruskan sehingga awal bulan Mac. Mereka yang berminat, boleh menghubungi talian pejabat KIDU.

Sunday, December 18, 2011

KEM BAHASA ARAB PERINGKAT RENDAH TAHUN 2011

Pada 27 November hingga 18 Disember 2011 yang lalu, Kolej Islam Darul Ulum(KIDU) telah berjaya menganjurkan program Kem Bahasa Arab(KBA) Peringkat Rendah 2011 bertempat di Kolej Islam Darul Ulum sendiri. KBA pada kali ini telah disertai oleh 43 orang peserta yang terdiri daripada 26 pelajar lelaki dan 17 pelajar perempuan. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun khusus untuk peserta-peserta KBA pada kali ini. Tenaga pengajar yang berpengalaman terdiri daripada pensyarah-pensyarah Kolej Islam Darul Ulum serta fasilitator-fasilitator berdedikasi yang terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan STAM KIDU. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah riadhah, merentas desa, jelajah bukit, sukaneka, qiraah al Quran dan hafazan, tazkirah rohani dan tayangan gambar. Manakala aktiviti yang dilakukan pada hujung minggu ialah musabaqah tilawah dan hafazan Al-Quran, musabaqah ratib, jumal mufidah, musabaqah hiwar, kalam jamaie, dan nasyid dalam bahasa Arab. Selain itu, para peserta juga telah melakukan aktiviti riadah dengan mengunjungi Puncak Janing serta membuat lawatan sekitar negeri Kedah.

Sunday, December 11, 2011

KURSUS BAHASA ARAB 45 HARI DI KIDU

Pihak Kolej Islam Darul Ulum akan meneruskan program tahunan yang menjadi tumpuan para pelajar lepasan SPM dan STAM. Kursus Bahasa Arab peringkat menengah untuk lepasan SPM dan STAM akan dianjurkan buat kali ke 6 pada tahun hadapan. Kursus yang akan bermula pada 8 januari selama 45 hari hingga 22 februari 2012. Dengan 5 aspek yang menjadi penekanan untuk memantapkan penguasaan bahasa arab para pelajar terutama mereka yang ingin melanjutkan pengajian di timur tengah dan universiti-universiti dalam Negara yang berorientasikan bahasa arab. Aspek-aspek tersebut adalah pemahaman bahasa Arab yang akan mendedahkan kepada para pelajar kaedah untuk memahami bahasa tersebut ketika sesi pembelajaran di universiti. Aspek yang kedua adalah penguasaan penulisan arab. Ini memandangkan bahasa arab mempunyai kaedah tersendiri dalam aspek penulisan berbanding bahasa-bahasa lain. Para pelajar akan diajar cara menulis menggunakan kaedah yang betul dan bersesuaian dengan kaedah yang sepatutnya. Aspek ketiga adalah penguasaan komunikasi bahasa arab. Sesetengah pelajar memahami percakapan dalam bahasa arab namun sulit untuk menjawab kembali perbualan tersebut. Ini akan menyebabkan pelajar tersebut malu untuk berkomunikasi dengan pelajar arab terutamanya. Dengan persekitaran dan suasana yang membentuk suasana arab, para pelajar akan diminta untuk berbicara dalam bahasa tersebut sebagai persediaan untuk menguasainya terutama mereka yang akan ke timur tengah. Aspek keempat adalah untuk pemantapan fardhu ain para pelajar. Selaras sebagai seorang muslim yang harus memahami dan mengamalkan Islam dengan terbaik. Malah, para pelajar akan diajar dengan ilmu-ilmu yang semakin dipinggirkan seperti kursus jenazah, tahlil dan sebagainya. Aspek yang terakhir adalah khidmat masyarakat bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan bersama masyarakat dalam membangunkan mereka. Program ini disusun khas sebagai persediaan kepada pelajar untuk turun ke lapangan setelah menamatkan pengajian di universiti masing-masing. Dengan harapan, program ini mampu membentuk para pelajar menjadi lebih baik dan berguna kepada para pelajar. Yuran untuk kursus ini hanyalah sebanyak RM 790 merangkumi penginapan, makanan, kos pembelajaran, buku, lawatan serta kunjungan dan sebagainya. Kolej Islam Darul Ulum menjemput dan mempelawa lepasan SPM dan STAM dan juga kepada yang berminat untuk mengikuti kursus ini untuk mendaftar secepat yang mungkin. Maklumat lanjut boleh menghubungi Ustaz Mohd Hanifi (012-5642132) atau Ustaz Azamuddin (012-5779761).

Sunday, December 4, 2011

Lawatan KIDU ke Selatan Thailand - Hari Kedua

Hari Kedua – KIDU menyambung agenda lawatan sekolah di Selatan Thailand dengan mengunjungi Wilayah Narathiwat iaitu Madrasah Darul Salam. Madrasah tersebut merupakan sekolah agama yang besar di daerah ini dengan kapasiti pelajar seramai 5000 orang. Pengarah madrasah tersebut, Dr Fakhruddin telah menyambut kehadiran pihak rombongan dan menyampaikan taklimat dan penerangan berkaitan sekolah dan cabaran-cabaran yang diterima dalam tujuan memperkembangkan Addin Al-Islam. Madrasah ini telah memperkenalkan konsep maahad tahfiz sains. Pihak KIDU diberi penghormatan untuk menguji kepintaran para pelajar ini. Pihak juga menyampaikan taklimat berkaitan pembelajaran di KIDU dan di akhiri dengan penyampaian cenderahari kenang-kenangan.
Seterusnya pihak rombongan berpatah balik ke wilayah Pattani untuk mengunjungi Madrasah Misbah atau dikenali sebagai Pirayanawin Klonghin Wittaya. Sekolah tersebut baru ditubuhkan pada tahun 2001. Sebelum ini sekolah tersebut hanya beroperasi sebagai pondok sahaja dan dinaiktarafkan sebagai sekolah dengan menambah subjek akademik. Pihak KIDU telah disambut oleh Pengetua sekolah terbabit, Dr Azmi. Sambutan yang hebat diterima dengan majlis ramah mesra dari kedua belah pihak. Suasana kondusif dan aman membangkitkan ketenangan dalam mengikuti pengajian. Tidak dilupakan juga, kedua-dua belah pihak menyampaikan cenderahati kenang-kenangan di akhir pertemuan
Madrasah terakhir yang menjadi pilihan kunjungan KIDU adalah Madrasah Solahuddin di kawasan Chana. Ustaz Zawawi telah menyampaikan ucapan dan penerangan berkaitan al-Quran dan Sains. Pihak KIDU merasa bersyukur dengan lawatan ini mencapai objektif dalam memperkenalkan KIDU kepada pelajar-pelajar luar Negara.

Saturday, December 3, 2011

Takziah Dari KIDU

Pihak KIDU mengucapkan takziah kepada pelajar KIDU semester 2, saudari Nadzirah bt Shamsul Anuar atas pemergian ayahanda yang tercinta pada sabtu lalu. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah....

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger