Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Langkah Cemerlang KIDU.

Keputusan peperiksaan STAM yang di umumkan pada hari ini menunjukkan peningkatan akademik dan keputusan calon-calon STAM dari Kolej Islam Darul Ulum yang memberansangkan. Peningkatan kelulusan di peringkat mumtaz cukup membanggakan kerana 2 orang dari 4 orang yang mendapat mumtaz telah memperolehi mumtaz keseluruhan subjek STAM ataupun lebih dikenali dengan Mumtaz Sofi. Ianya hasil dari sistem yang dibina khusus untuk para pelajar STAM di sini. Pendaftar KIDU, Ustaz Abdul Ghani Abdullah yang ditemui selepas pengumuman keputusan STAM melahirkan rasa syukur di atas perolehan kelulusan yang memberansangkan ini. Dua orang pelajar yang mendapat mumtaz sofi adalah Saudari Raha bt Sheikh Salleh dan Saudara Mohd Amiruddin Bin Zainal Abidin. Selain itu, 2 orang lagi yang mendapat mumtaz adalah Saudari Asma’ Mohamad dan Saudara Shamsul Bin Za’bar. Beliau yang ditanya mengenai perancangan masa depan untuk pembangunan pelajar STAM, Ustaz Abdul Ghani memaklumkan KIDU akan terus dengan konsep penga

Kunjungan Sekolah Rendah Islam Integrasi Ihya al-Ahmadi dan Majlis Pendidikan PAS Sepang ke Kolej Islam Darul Ulum.

21 Januari yang lalu, Kolej Islam Darul Ulum telah menerima kunjungan dari guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Intergrasi Ihya al-Ahmadi. Kunjungan ini adalah sebagai mengukuhkan hubungan di antara dua institusi pendidikan Islam antara negeri Kedah dan negeri Selangor. Rombongan ini telah disambut oleh Saudara Mohd Hanifi B Hj Ahmad Jamaludin, Penolong Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum bersama Ustaz Zulkarnain Ishak, Penolong Kanan HEM Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Rombongan ini diketuai oleh Guru Besar Sekolah Rendah Islam Integrasi Ihya al-Ahmadi, Ustaz Syarif Ngatani. Taklimat berkaitan operasi Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum telah disampaikan oleh Ustaz Zulkarnain Bin Ishak yang mewakili Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Manakala taklimat berkaitan Kolej Islam Darul Ulum telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Ghani Abdullah. Di awal sesi taklimat, pihak tuan rumah telah menjemput Ustaz Syarif untuk menyampaikan ucapan selaku tetamu. Di akhir lawatan,

Pelancaran Kiosk ResMUDA Kolej Islam Darul Ulum

Kolej Islam Darul Ulum melangkah maju selangkah dalam memberi kepada pelajar pembelajaran dalam suasana universiti. Kolej Islam Darul Ulum telah melancarkan Kiosk Res Muda singkatan dari Kiosk Restoran Muassasah Darul Ulum. Kiosk yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang buat masa kini. Antara menu yang terdapat di kiosk ini adalah berbentuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan petang. Untuk sarapan pagi, pihak Kiosk telah menghidangkan menu seperti nasi lemak, kuih muih dan sebagainya. Manakala minuman dengan menggunakan konsep layan diri bagi setiap pengunjung yang hadir. Menurut Penolong Pendaftar HEP Kolej Islam Darul Ulum Ustaz Mohd Hanafi Masri, “ Dengan adanya kiosk ini, para pelajar KIDU akan merasakan suasana pengajian seperti pelajar-pelajar Universiti yang lain. Sebelum ini, para pelajar hanya menunggu tanpa ada pilihan makanan dari kantin yang telah sedia ada. Dengan adanya kiosk ini, diharapkan para pelajar dapat menjalani pengajian secara selesa tanpa perl

Pendaftaran STAM di Kolej Islam Darul Ulum

Bermula pada tahun 2012, pihak Kolej Islam Darul Ulum telah memulakan sesi pengajian bagi program Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mengikut kebiasaan, pendaftaran STAM akan bermula pada bulan Mac, namun tahun ini telah dimulakan pada bulan Januari. Ini adalah sebagai persediaan kepada para pelajar untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan pada bulan Oktober setiap tahun. Tempoh 10 bulan adalah dilihat lebih mampu untuk memberikan pendedahan yang berguna kepada semua pelajar. Ini kerana silibus pengajian yang dilihat tidak mampu untuk dihabiskan dalam masa 7 bulan dimulai bulan Mac hingga Oktober. Untuk mereka yang berminat untuk mendaftarkan diri sebagai Pelajar STAM di KIDU, pengambilan akan diteruskan sehingga awal bulan Mac. Mereka yang berminat, boleh menghubungi talian pejabat KIDU.