Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Hi-Tea Dana Pendidikan dan Kebajikan Pelajar Kolej Islam Darul Ulum

Sempena penganjuran Sambutan Maulidurrasul 1433 H yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum telah menganjurkan minum petang (Hi-Tea) bersama YB Tuan Haji Khalid Samad sebagai platform untuk mengumpul Dana Pendidikan dan Kebajikan Pelajar Kolej Islam Darul Ulum. Dalam ucapan alu-aluan, al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Abdullah selaku Pendaftaran Kolej Islam Darul Ulum telah menyebut tentang sejarah penubuhan Kolej Islam Darul Ulum. Dimulai dengan hasrat yang dikemukakan oleh al-Marhum Dato’ Fadzil Noor yang ingin melihat anak bangsa terpelajar dengan pengajian Islam. Sekalipun pelbagai rintangan yang harus dilalui, KIDU telah beroperasi selama 15 tahun semenjak penubuhannya. Dengan bilangan pelajar yang tidak menentu, terkadang ada dan terkadang kurang, namun ianya bukanlah sebagai pemutus semangat untuk terus bergerak. KIDU melihat inisiatif menganjurkan kelas STAM sebagai daya tarikan yang baru untuk perkembangan pengajian berteraskan Syariah. Dengan guru-guru yang berpengalaman dalam

Artikel Kolej Islam Darul Ulum

APLIKASI TAQWA DALAM ORGANISASI Oleh: Ustaz Abdul Ghani bin ‘Abdullah Pendaftar Kolej Islam Darul ‘Ulum (KIDU) {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ ما قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِما تَعْمَلُونَ} Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (Surah al-Hasyr: 18) Ayat ini (dan ayat-ayat yang semaksud dengannya) setiap minggu kita akan bacakan atau dengarkan dalam khutbah juma’ah. Sebagaimana hebatnya makna dan fungsi zakat dalam agama sehingga Allah pasti menghubungkan ayat solat dan zakat, sehingga Saiduna Abu Bakr membuat ‘bid’ah’ memerangi golongan yang tidak memerangi zakat, begitu jugalah hebatnya arahan supaya bertaqwa, Allah gabungkan sekali dengan tugasan yang perlu dilaku

Sambutan Maulidurrasul 1433 H KIDU meriah.

Tiada yang dapat digambarkan bagaimana perasaan rindu kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bertitik tolak dari perasaan ini, Kolej Islam Darul Ulum merasa terpanggil untuk menganjurkan Sambutan Maulidurrasul 1433 H yang pertama kali dianjurkan secara besar-besaran dan terbuka untuk umum. Pelbagai program dan acara telah di susun untuk perjalanan sambutan ini. Program bermula pada 10 Februari, hari jumaat dimulakan dengan dendangan burdah dan berzanji oleh Kumpulan Ahbabul Huda dari Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Dendangan yang begitu sayu memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sangat menarik perhatian para pengunjung. Program diteruskan dengan forum perdana oleh para panel yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Kedah khususnya iaitu Prof Dr Abdul Aziz bin Hanafi dan Tuan Haji Mohd Azmi bin Abdul Hamid. Kupasan yang sangat menarik dengan tajuk Memohon Syafaatmu Ya Rasulullah telah diulas oleh kedua-dua ahli panel yang dipengerusikan oleh Ustaz Hazwan Shah, Penolong P