Siri Wacana Akademik Kolej Islam Darul Ulum 2013. Siri 1 : Syiah dan Krisis di Syria Perdaftaran dibuka sekarang. Hubungi kami di 04 – 7825754( Pejabat),012-5642132( Pen. Pendaftar ). http:// www.kidu-darululum.blogspot.com

Sunday, March 25, 2012

Maklumat Penutupan Pendaftaran STAM 2012 di Kolej Islam Darul Ulum

Kepada semua pemohon STAM yang ingin melanjutkan pengajian peringkat STAM di Kolej Islam Darul Ulum, dukacita dimaklumkan bahawa pihak KIDU telah menutup pendaftaran STAM untuk sesi ini pada 25 Mac 2012. Ianya selaras dengan tarikh akhir pendaftaran pelajar STAM dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pada 31 Mac 2012. Pihak KIDU membuat keputusan untuk menutup pendaftaran lebih awal adalah sebagai memberi ruang untuk pihak akademik membuat pendaftaran dengan pihak kementerian dan berharap tidak akan berlaku kesilapan. Untuk permohonan selepas tarikh 25 Mac 2012, pihak KIDU akan memproses permohonan tersebut dan surat tawaran akan dihantar untuk pendaftaran tahun hadapan. Pihak KIDU memohon maaf sekiranya berlaku sebarang permasalahan dan pihak KIDU mengalu-alukan mana-mana pelajar untuk mendaftar pengajian di peringkat STAM untuk tahun hadapan dapat mengisi borang lebih awal dan sebaiknya hadir mengisi borang di KIDU lebih awal sebelum tarikh tutup pendaftaran STAM.

Wednesday, March 21, 2012

KURSUS BAHASA ARAB PERSEDIAAN KE TIMUR TENGAH

Monday, March 12, 2012

Kem Bahasa Arab 2012 Menutup Tirainya…

Kem Bahasa Arab Peringkat Menengah yang sudah sinonim anjuran Kolej Islam Darul Ulum untuk kali ke 6 pada tahun ini akan melabuhkan tirai penutup pada hari rabu ini, 22 Februari 2012. Kem yang dianjurkan selama 45 hari itu diharapkan dapat memberi suatu input yang positif untuk memantapkan penguasaan bahasa Arab di kalangan para pelajar lepasan SPM dan STAM. Program ini yang menjadi suatu kebanggaan Kolej Islam Darul Ulum apabila para pelajar yang menempuhi kem ini mampu bertutur serta memahami bahasa Arab dengan baik serta dapat menguasai ilmu-ilmu Islam yang sinonim dengan bahasa Arab. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Ustaz Ahmad Izzat Bin Mohd Shauki, Timbalan Speaker DUN Kedah. Dalam ucapannya, beliau memuji langkah Kolej Islam Darul Ulum yang terus menganjurkan kem-kem bahasa Arab seumpama ini saban tahun. Menurut beliau, kem-kem seperti wajar ditambah sebagai persediaan malahan sebagai langkah yang tepat dalam memberi pendedahan berkaitan bahasa Arab terutama kepada pelajar lepasan SPM dan STAM yang akan melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di Negara Timur Tengah seperti Mesir, Jordan, Morocco dan sebagainya. Dalam ucapannya, beliau menyentuh kepentingan bahasa Arab yang menjadi bahasa alat untuk memahami agama Islam. Ini kerana hamper semua kitab yang membahaskan masalah agama bermula dari bahasa Arab. Malah, al-Quran sendiri diturunkan dalam bahasa Arab yang juga merupakan bahasa ahli Syurga. Sebahagian ibu bapa yang ditemui berasa gembira dengan peningkatan penguasaan bahasa Arab para peserta yang berada di sini. Oleh yang demikian, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan terus menganjurkan program-program sedemikian malah yang akan dianjurkan dalam sedikit masa lagi Kem Bahasa Arab untuk Persediaan ke Timur Tengah. Kem ini bertujuan memberi pendedahan kepada mereka yang bakal melanjutkan pengajian di Timur Tengah dengan penambahan silibus pengajian seperti penguasaan bahasa pasar dan akan mencipta suasana Negara Arab. Kolej Islam Darul Ulum akan membawa pensyarah khas dari Mesir sebagai pendedahan kepada para peserta Di akhir majlis, Kolej Islam Darul Ulum menyampaikan anugerah pelajar terbaik sepanjang kem serta hadiah kepada para pemenang acara yang telah dipertandingkan di dalam kem ini seperti pertandingan hiwar ‘Arabi (Perbualan Arab), Tahfiz al-Quran, Tilawah al-Quran, Pidato, Pentomen dan sebagainya yang semuanya menggunakan bahasa Arab.

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger