Siri Wacana Akademik Kolej Islam Darul Ulum 2013. Siri 1 : Syiah dan Krisis di Syria Perdaftaran dibuka sekarang. Hubungi kami di 04 – 7825754( Pejabat),012-5642132( Pen. Pendaftar ). http:// www.kidu-darululum.blogspot.com

Tuesday, October 30, 2012

Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman Kolej Islam Darul Ulum dan Kolej Islam Darul Mustafa.



Lembaran baru hubungan erat institusi pendidikan dua buah Negara, Malaysia dan Thailand terjalin semakin utuh dalam mengambangkan syiar Islam. 21 Oktober 2012, satu perjanjian persefahaman telah termeterai antara Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena Kedah dan Kolej Islam Darul Mustafa, Yala, Selatan Thailand. Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan menyaksikan KIDU yang diketuai oleh Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah selaku Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum mewakili KIDU untuk menandatangani perjanjian ini yang disaksikan oleh Ustaz Ahmad Yahya selaku Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum. Manakala di pihak Kolej Islam Darul Mustafa, Dr Wan Abdul Qadir Wan Yusuf selaku Rektor menandatangani perjanjian ini sambil disaksikan oleh wakil Kerajaan Thailand.
Antara isi kandungan perjanjian ini adalah para pelajar dari KIYAI akan menyambung pengajian di peringkat Diploma Pengajian Islam di KIDU. Secara tidak langsung, ianya memberi peluang tambahan kepada para pelajar KIYAI untuk menyambung pengajian setelah tamat Shahadah Thanawiyah.
Kolej Islam Darul Ulum mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan berharap agar ianya akan merealisasikan hasrat semua agar Islam dijulang tinggi bermula dari pendedahan pendidikan Islam kepada generasi masa kini.

Tuesday, October 02, 2012

Warna-warni Sambutan Jubli Perak Muassasah Darul Ulum.



Tanpa kita sedari, 25 tahun telah berlalu sejarah pembinaan dan pembangunan Muassasah Darul Ulum. Dari jerit payah Almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor dan para pimpinan ketika itu sehingga mampu membeli tanah seluas 48 ekar dengan harga RM 600.000 ketika itu merupakan suatu jumlah yang sangat tinggi nilainya. Pembinaan pertama sebuah masjid dengan nilai RM 150.000 menyebabkan kerajaan BN ketika itu mengambil keputusan merampas tanah tersebut dengan alasan membina bangunan di tanah pertanian. Rentetan tragedi rampasan tersebut menaikkan kemarahan para pendokong gerakan Islam untuk berkampung disini demi mempertahankan bumi ini. siang malam tidak kira tua dan muda berjaga dan berkawal memastikan hasrat kerajaan BN tidak kesampaian. Akhirnya, setelah rundingan demi rundingan, kerajaan bersedia memulangkan semula tanah ini dengan syarat membayar wang denda sebanyak RM 80.000.20 hingga 22 September yang lalu, kenangan ini diimbau kembali dengan penganjuran Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Muassasah Darul Ulum. 3 hari 3 malam masyarakat berkampung disini dengan menyertai pelbagai program yang menarik. Hari khamis, hari pertama sambutan diwarnai dengan pertandingan Nasyid dan Pidato peringkat HESA. Sebelah malamnya kuliah maghrib oleh Ustaz Shahril Long, dan selepas isya’, sejarah yang belum dirungkai terungkai pada malam tersebut dengan kedatangan para sejarahwan dan pencinta sejarah hadir membentangkan sejarah di dalam Wacana Pemikiran Ustaz Fadzil Noor. Wacana yang membarisi Tuan Haji Subki Latif, Ustaz Abu Kasim Abdullah dan Ustaz Ridhuan Mohd Noor cukup memberikan kesegaran yang tidak bernilai kepada para tetamu.

Jumaat hari yang mulia, pagi penghulu segala hari dimulakan dengan Forum Dhuha 3 anak Tok Guru iaitu Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Anak kepada YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang), Ustaz Mohd Fauwaz Mohd Fadzil (Anak kepada Almarhum Dato’ Haji Fadzil Mod Noor) dan Ustaz Husamuddin Baderuddin (Anak kepada S.S Dato’ Sheikh Baderuddin Ahmad). Forum dipengerusikan juga anak tuan guru iaitu Ustaz Abdul Ghani Abdullah (Anak kepada Tuan Guru Haji Abdullah Lebai Samah). Membicarakan tentang peranan pendidikan dan sumbangan kepada Muassasah Darul Ulum. Jamuan rakyat bermula selepas tamat forum dhuha tersebut. Semua hadirin yang hadir menjamu selera dengan penuh selera. Seusai solat jumaat, muslimat mengambil tempat untuk Nostalgia Muslimat PAS Kedah dengan menampil para veteran di dalam perjuangan muslimat di dalam gerakan PAS. Sebelah petang, kemeriahan program diteruskan dengan pertandingan bola sepak persahabatan antara Pilihan Muassasah Darul Ulum menentang skuad Piala Presiden Kedah dengan berkesudahan Pilihan Muassasah Darul Ulum menang dengan jaringan 2-1. Sebelah malam diteruskan dengan kuliah maghrib oleh Ustaz Ahmad Abdullah selepas maghrib dan selepas isya’ ceramah umum oleh Naib Presiden PAS, YB Dato’ Haji Mahfuz Omar dan mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Dato’ Adnan Ibrahim.

Pagi sabtu diteruskan dengan istiadat Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum kali ke XI yang disempurnakan penyampaian diploma oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Ucaptama Majlis ini disampaikan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Seramai 42 graduan menerima sijil masing-masing dan konvokesyen kali ini menampilkan sejarah tersendiri KIDU apabila disertai graduan STAM seramai 24 orang. Pada sebelah petang, julung kalinya Muassasah Darul Ulum menghimpunkan para alumninya merangkumi para guru, pensyarah, pelajar dan kakitangan MDU. Ianya diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Presiden PAS meraikan anak-anak MDU. Sebelah malamnya setelah maghrib diadakan Munajat dan Tahlil Perdana yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa atau lebih terkenal dengan Tuan Guru Haji Salleh Sik. Sesudah isya’ Ceramah Umum mengambil ruang menampilkan YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Ditengah-tengah ceramah, slot majlis perasmian penutup diadakan dengan tayangan video 25 tahun Muassasah Darul Ulum. Semoga Muassasah Darul Ulum terus menabur bakti kepada masyarakat.

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger