Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Daftar Segera.......

Makluman untuk Semua Permohonan STAM..

Untuk setiap e-permohonan untuk memohon program STAM 2013 di Kolej Islam Darul Ulum adalah dengan ini DIBEKUKAN untuk seketika bagi pengambilan tahun ini. Pihak Kolej Islam Darul Ulum berharap dan memohon agar para pelajar untuk terus datang ke Pejabat KIDU untuk pendaftaran. Ini kerana untuk setiap e-permohonan akan mengambil masa 2 minggu untuk penghantaran surat tawaran. Ini akan menyebabkan kelewatan untuk mengikuti pengajian STAM sesi ini. Sekian, terima kasih.

Pendaftaran Pelajar STAM 2013 Memberansangkan

Seramai 55 orang pelajar lepasan SPM telah memohon dan mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi 2013 di Kolej Islam Darul Ulum pada 1 Januari yang lepas. Jumlah ini sangat memberansangkan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Majlis pendaftaran yang bermula pada jam 9.00 pagi berlanjutan hingga jam 4.00 petang. Pada jam 11.00 pagi, para pelajar yang sudah dan belum mendaftar diberikan taklimat berkenaan program STAM bersama waris. Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanafi Bin Masri untuk penjelasan yang lebih berkenaan program ini. Berbaki 25 tempat lagi, pihak Kolej Islam Darul Ulum masih membuka ruang untuk kepada para pelajar untuk mendaftar mengikuti program ini di sini. Pengambilan adalah sangat terhad iaitu hanya 80 tempat sahaja yang disediakan oleh para pelajar.