Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Pendaftaran Kem Bahasa Arab Timur Tengah Lancar

11 Mac – Kolej Islam Darul Ulum yang memfokuskan kepada peningkatan pengetahuan Bahasa Arab menganjurkan Kem Bahasa Arab Persediaan Timur Tengah tahun 2013. Kem yang bermula pada 11 mac hingga 8 Julai 2013 menyasarkan para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Universiti di Timur Tengah khususnya Universiti Al-Azhar dan lain-lain universiti termasuk di dalam negara.  Pendaftaran yang bermula pada 11 mac mendapat sambutan para pelajar lepasan STAM dan SPM apabila pendaftaran yang diterima adalah di luar jangkaan. Bermula tahun ini, tempoh pengajian bagi kursus ini telah dilanjutkan kepada selama 4 bulan berbanding sebulan pada tahun-tahun sebelumnya. Selain itu, Kem ini mendapat sentuhan dan idea khusus dari YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak yang mengharapkan dengan penganjuran kem bahasa Arab ini akan mampu memberikan persediaan yang lebih baik buat para pelajar khususnya anak negeri Kedah yang bakal melanjutkan pengajian di Timur Tengah. Kem ini akan menekan