Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Tawaran Program Kursus Bahasa Arab, Tahfiz dan Persediaan STAM di KIDU

Kolej Islam Darul Ulum yang ditubuhkan 15 tahun yang lalu sangat sinonim dengan kursus-kursus berorientasikan bahasa Arab. Di antara kursus yang pernah dan sedang dijalankan di sini adalah kursus bahasa Arab peringkat rendah yang menumpukan kemantapan bahasa arab dan memupuk minat para pelajar yang berumur 8 tahun hingga 16 tahun. Selain itu, pihak KIDU juga menawarkan kursus bahasa arab peringkat menengah untuk para pelajar lepasan SPM dan STAM. Selain memupuk minat untuk mempelajari bahasa ini, Kolej Islam Darul Ulum juga membuat beberapa pendekatan agar para pelajar cenderung untuk berkomunikasi di dalam bahasa Arab. Mac lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum telah menganjurkan program kursus bahasa Arab peringkat persediaan ke timur tengah. Ianya dinaiktaraf dari tahun-tahun sebelumnya apabila tempoh pengajian di lanjutkan dari sebulan ke empat bulan. Dengan harapan para pelajar yang bakal menyambung pengajian ke timur tengah khususnya mesir akan lebih berkeyakinan dalam menggun
Kidu tawar program Pra-STAM   ROSLINDA HASHIM   ALOR SETAR - Kolej Islam Darul Ulum (Kidu) mempelawa pelajar lepasan SPM yang menunggu untuk mendaftar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2014, agar memanfaatkan masa terluang dengan mendaftar sebagai pelajar Pra-STAM.             Pendaftar Kidu, Abdul Ghani Abdullah berkata, program ini bukan sekadar mengisi masa lapang, malah memberi pendedahan berguna untuk diterapkan apabila menduduki peperiksaan STAM kelak.             “Program Pra-STAM ini mula diperkenalkan di Kidu pada tahun 2011. Ia untuk memberi penekanan awal berkenaan mata pelajaran yang bakal ditempuhi pelajar STAM pada tahun berikutnya. Ia diadakan selama enam bulan bermula 1 Julai setiap tahun,” katanya.             Menurutnya, mana-mana pelajar lepasan SPM termasuk aliran biasa yang ingin menduduki peperiksaan STAM boleh menjadikan kursus ini sebagai persediaan awal sebelum berdepan peperiksaan.             “Program ini akan memberi pendedahan b