Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013
POKOK SENA:  Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menziarahi kuburan bekas Menteri Besar Kedah, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Muassasah Darul Ulum yang meninggal dunia Khamis lalu. Sebaik tiba di tapak perkuburan kira-kira jam 12 tengahari, Tuan Guru Abdul Hadi bersama rombongan menunaikan solat jenazah ghaib serta mendoakan kesejahteraan untuk Almarhum Ustaz Azizan. Ustaz Abdul Hadi tidak hadir di majlis pengkebumian bekas Pesuruhjaya PAS Kedah Khamis lalu kerana menghadiri forum persidangan Islam di Pakistan. Beliau memuji Azizan yang sepanjang hayatnya memberikan komitmen tinggi untuk perjuangan Islam. "Sepanjang hayat tiada istilah rehat bagi beliau, sehinggalah Allah SWT menjemputnya dari ribaan umat,” kata Abdul Hadi. Turut hadir menziarahi kubur Almarhum Ustaz Azizan ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Timbalannya, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Setiausaha Politik Presiden PAS,  Dr Ahmad  Samsur
Forum "Muslimat & Pendidikan" POKOK SENA: Kegagalan kerajaan BN menyediakan sistem pendidikan yang baik menjadikan punca masalah sosial semakin ketara sekaligus menggagalkan usaha kepada penghayatan dan melahirkan generasi bertakwa selain tidak mencapai matlamat sewajarnya. Demikian rumusan dibuat tiga ahli panel forum yang membicarakan tajuk "Muslimat Dan Cabaran Pendidikan" anjuran Dewan Muslimat Negeri Kedah bersempana Karvinal Pendidikan di Muasasah Darul Ulum di sini baru-baru ini. Mereka ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Siti Zailah Yusuf; Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) Normala Sudirman dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria. Tegas mereka, pendidikan merupakan teras kepada kemantapan akidah, selain sebagai benteng dalam menghadapi cabaran yang semakin hebat dewasa ini. Mereka turut menyentuh berkenaan kerapuhan sistem pendidikan Malaysia yang nyata gagal menangani masalah berkaitan da