Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

KIDU fokus kecemerlangan Bahasa Arab.

Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) yang ditubuhkan 10 tahun yang lalu merupakan institusi pengajian tinggi yang menitik beratkan penguasaan bahasa Arab dengan cemerlang. Dengan pelbagai program dan kursus yang dianjurkan KIDU berhasrat lahir sebagai pusat pengembangan Bahasa Arab yang terbaik. Antara program yang di susun seperti program Kursus Bahasa Arab jangka pendek seperti Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah, Peringkat Menengah dan Persediaan buat para pelajar yang bakal menyambung pengajian ke Luar Negara seperti Jordan dan Mesir. Kursus ini menggunakan tenaga pengajar yang mahir termasuk di datangkan khas dari Timur Tengah. Selain kursus-kursus jangka pendek, pihak KIDU juga menjadi pilihan pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Selain menggunakan silibus pengajian STAM yang disusun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, KIDU juga mereka silibus khas agar hasrat melihat para pelajar cemerlang itu tercapai. Antara kelainan STAM