Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Lawatan Pelajar Kelab Tahfiz Maahad Muhammadi Lil Banat ke Kolej Islam Darul Ulum

Kolej Islam Darul Ulum menerima rombongan dari Kelab Tahfiz Maahad Muhammadi Lil Banat, Kelantan pada Khamis lepas. Rombongan ini diiringi 7 orang guru terdiri dari 3 orang guru lelaki dan 4 orang guru perempuan selain 80 orang pelajar. Ketibaan mereka disambut oleh Penolong Pendaftar Perhubungan Awam, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin. Para pelajar ini diberi penerangan berkenaan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum oleh Saudara Mohd Hanifi. Selain itu, penerangan berkenaan program-program yang ditawarkan di sini. Semoga lawatan ini akan menberi suatu input yang positif dan menghubungkan hubungan yang baik di antara dua institusi ini.