Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Maklumat Penutupan Pendaftaran STAM 2012 di Kolej Islam Darul Ulum

Kepada semua pemohon STAM yang ingin melanjutkan pengajian peringkat STAM di Kolej Islam Darul Ulum, dukacita dimaklumkan bahawa pihak KIDU telah menutup pendaftaran STAM untuk sesi ini pada 25 Mac 2012. Ianya selaras dengan tarikh akhir pendaftaran pelajar STAM dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pada 31 Mac 2012. Pihak KIDU membuat keputusan untuk menutup pendaftaran lebih awal adalah sebagai memberi ruang untuk pihak akademik membuat pendaftaran dengan pihak kementerian dan berharap tidak akan berlaku kesilapan. Untuk permohonan selepas tarikh 25 Mac 2012, pihak KIDU akan memproses permohonan tersebut dan surat tawaran akan dihantar untuk pendaftaran tahun hadapan. Pihak KIDU memohon maaf sekiranya berlaku sebarang permasalahan dan pihak KIDU mengalu-alukan mana-mana pelajar untuk mendaftar pengajian di peringkat STAM untuk tahun hadapan dapat mengisi borang lebih awal dan sebaiknya hadir mengisi borang di KIDU lebih awal sebelum tarikh tutup pendaftaran STAM.

KURSUS BAHASA ARAB PERSEDIAAN KE TIMUR TENGAH

Kem Bahasa Arab 2012 Menutup Tirainya…

Kem Bahasa Arab Peringkat Menengah yang sudah sinonim anjuran Kolej Islam Darul Ulum untuk kali ke 6 pada tahun ini akan melabuhkan tirai penutup pada hari rabu ini, 22 Februari 2012. Kem yang dianjurkan selama 45 hari itu diharapkan dapat memberi suatu input yang positif untuk memantapkan penguasaan bahasa Arab di kalangan para pelajar lepasan SPM dan STAM. Program ini yang menjadi suatu kebanggaan Kolej Islam Darul Ulum apabila para pelajar yang menempuhi kem ini mampu bertutur serta memahami bahasa Arab dengan baik serta dapat menguasai ilmu-ilmu Islam yang sinonim dengan bahasa Arab. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Ustaz Ahmad Izzat Bin Mohd Shauki, Timbalan Speaker DUN Kedah. Dalam ucapannya, beliau memuji langkah Kolej Islam Darul Ulum yang terus menganjurkan kem-kem bahasa Arab seumpama ini saban tahun. Menurut beliau, kem-kem seperti wajar ditambah sebagai persediaan malahan sebagai langkah yang tepat dalam memberi pendedahan berkaitan bahasa Arab terutama kepa