Kolej Islam Darul Ulum ( KIDU ) telah membentuk jawatankuasa khas bagi membentuk kurikulum khusus bagi Qismu Tafaqquh Fid Din iaitu pengajian secara talaqqi menggunakan teks kitab - kitab turath yang muktabar dari semua mazhab fiqh. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KIDU Ust Hj Zawawi Hj Ahmad , kurikulum sedang dibina dan akan dibengkelkan bersama beberapa tokoh ulamak tanahair khususnya bagi membentuk kurikulum yang mampu melahirkan pelajar yang mutamakkin ( faqih atau pakar ) dalam pengajian Islam. Pengajiannya adalah bersifat menyeluruh menggabungkan semua bidang ilmu teras pengajian Islam samada Syariah, Usuluddin, Akhlak dan ilmu alat seperti Bahasa Arab dan Fiqh Semasa , serta Fiqh Haraki Kurikulum pengajian di madrasah- madrasah luar negara seperti Darul Ulum di India, Madrasah Sulatiah di Makkah, Dar Mustafa Yaman dan Madrasah Gontor Indonesia juga diambil sebagai rujukan kerana sistem pengajian tersebut terbukti berjaya melahirkan ulamak yang mutamakkin. Menurut Ust Zawawi r