Skip to main content

QISMU TAFAQQUH FID DIN




Kolej Islam Darul Ulum ( KIDU ) telah membentuk jawatankuasa khas bagi membentuk kurikulum khusus bagi Qismu Tafaqquh Fid Din iaitu pengajian secara talaqqi menggunakan teks kitab - kitab turath yang muktabar dari semua mazhab fiqh.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KIDU Ust Hj Zawawi Hj Ahmad , kurikulum sedang dibina dan akan dibengkelkan bersama beberapa tokoh ulamak tanahair khususnya bagi membentuk kurikulum yang mampu melahirkan pelajar yang mutamakkin ( faqih atau pakar ) dalam pengajian Islam.

Pengajiannya adalah bersifat menyeluruh menggabungkan semua bidang ilmu teras pengajian Islam samada Syariah, Usuluddin, Akhlak dan ilmu alat seperti Bahasa Arab dan Fiqh Semasa , serta Fiqh Haraki

Kurikulum pengajian di madrasah- madrasah luar negara seperti Darul Ulum di India, Madrasah Sulatiah di Makkah, Dar Mustafa Yaman dan Madrasah Gontor Indonesia juga diambil sebagai rujukan kerana sistem pengajian tersebut terbukti berjaya melahirkan ulamak yang mutamakkin.

Menurut Ust Zawawi realiti sekarang, graduan pengajian Islam secara umumnya dilihat tidak mempunyai kepakaran dalam ilmu Islam khususnya dalam menguasai teks kitab - kitab turath dan memahami perbahasan ulamak dalam karya mereka yang agung.

Jesteru program Tafaqquh ini sekurangnya menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar untuk penerokaan yang lebih jauh dan sekaligus menyediakan pelapis ulamak yang mampu memimpin ummah seperti hasrat al-Marhum Dato Hj Fadhil Mohd Noor.

Comments

  1. 1km dari kolej. Menawarkan penginapan untuk pelajar dengan kemudahan lengkap. hubungi 0195499541 (kak yan)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...