Menelusuri sejarah korban yang bermula dari peristiwa Sayyidina Ibrahim A.S dan anaknya, Sayyidina Ismail A.S mematuhi perintah Allah S.W.T telah melaksanakan dengan penuh ketaqwaan dan penghambaan kepada Sang Pencipta. Tanpa bertanya lanjut, dan tanpa rasa mengeluh, kedua-dua beranak ini melaksanakannya. Allah S.W.T menukarkan perintah menyembelih Ismail A.S dengan seekor kibas yang sihat untuk disembelih. Peristiwa ini dikenang dan dihayati umat Islam dengan melaksanakan korban pada setiap tahun di bulan Dzulhijjah bersempena Aidil Adha.
Sempena kedatangan Aidil Adha 1432 H, Kolej Islam Darul Ulum tidak ketinggalan melaksanakan ibadah korban yang sangat dituntut di dalam Islam. Pada tahun ini, seekor lembu yang disumbangkan oleh individu kepada KIDU untuk dilaksanakan korban. Korban tersebut dilaksanakan pada hari raya pertama Aidil Adha yang lalu. Agihan daging korban diberi kepada staf kakitangan Kolej Islam Darul Ulum dan dibuat jamuan untuk semua para pelajar Kolej Islam Darul Ulum selain diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Pihak Kolej Islam Darul Ulum mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang dan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan dengan kaedah pengagihan daging korban diperluaskan kepada masyarakat luar.
Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...
Comments
Post a Comment