Hari Kedua – KIDU menyambung agenda lawatan sekolah di Selatan Thailand dengan mengunjungi Wilayah Narathiwat iaitu Madrasah Darul Salam. Madrasah tersebut merupakan sekolah agama yang besar di daerah ini dengan kapasiti pelajar seramai 5000 orang. Pengarah madrasah tersebut, Dr Fakhruddin telah menyambut kehadiran pihak rombongan dan menyampaikan taklimat dan penerangan berkaitan sekolah dan cabaran-cabaran yang diterima dalam tujuan memperkembangkan Addin Al-Islam. Madrasah ini telah memperkenalkan konsep maahad tahfiz sains. Pihak KIDU diberi penghormatan untuk menguji kepintaran para pelajar ini. Pihak juga menyampaikan taklimat berkaitan pembelajaran di KIDU dan di akhiri dengan penyampaian cenderahari kenang-kenangan.
Seterusnya pihak rombongan berpatah balik ke wilayah Pattani untuk mengunjungi Madrasah Misbah atau dikenali sebagai Pirayanawin Klonghin Wittaya. Sekolah tersebut baru ditubuhkan pada tahun 2001. Sebelum ini sekolah tersebut hanya beroperasi sebagai pondok sahaja dan dinaiktarafkan sebagai sekolah dengan menambah subjek akademik. Pihak KIDU telah disambut oleh Pengetua sekolah terbabit, Dr Azmi. Sambutan yang hebat diterima dengan majlis ramah mesra dari kedua belah pihak. Suasana kondusif dan aman membangkitkan ketenangan dalam mengikuti pengajian. Tidak dilupakan juga, kedua-dua belah pihak menyampaikan cenderahati kenang-kenangan di akhir pertemuan
Madrasah terakhir yang menjadi pilihan kunjungan KIDU adalah Madrasah Solahuddin di kawasan Chana. Ustaz Zawawi telah menyampaikan ucapan dan penerangan berkaitan al-Quran dan Sains. Pihak KIDU merasa bersyukur dengan lawatan ini mencapai objektif dalam memperkenalkan KIDU kepada pelajar-pelajar luar Negara.
Comments
Post a Comment