Skip to main content

Bumi Muassasah Darul Ulum terus dikunjungi Ulama’



Bumi wakafan muassasah Darul Ulum yang diasaskan dengan penuh dedikasi dan harapan yang menggunung tinggi oleh para pejuang Islam tidak putus-putus dikunjungi ulama serata dunia. Bumi yang pernah menyaksikan bagaimana jiwa-jiwa anak muda dan orang tua yang tidak gentar dengan ancaman dan ugutan oleh pemerintah ketika itu. Peristiwa rampasan tanah bumi ini menceritakan segala-galanya malah ramai dari kalangan mereka di tahan di bawah akta ISA termasuk pengasas utama Muassasah Darul Ulum, almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor.
Tahun ini genap 25 tahun berdirinya institusi jamaah yang tidak jemu memberikan ilmu dan dakwah kepada semua. Malah, penubuhan institusi ini  diberikan sokongan oleh ulama’ serata dunia. Terkini kunjungan ulama’ Syria, Sheikh Maher Munjid ke Kolej Islam Darul Ulum pada 25 Julai yang lalu. Beliau yang cukup terkenal dikalangan para pelajar Malaysia di Syria sebagai guru tasmi’ quran. Dikesempatan kehadiran beliau ke sini, beliau telah mengunjungi bumi muassasah ini. beliau dijemput menyampaikan tazkiran sempena bulan ramadhan dan dengan kehebatan beliau di dalam penguasaan bacaan al-quran, beliau telah memperdengarkan bacaan surah al-fatihah dengan lafaz yang tepat.
Pada 31 julai yang lalu, KIDU sekali lagi menerima kunjungan ulama’ dari Yaman, iaitu Prof Dar Amin Muqbil, Dekan Kuliah Syariah Jamiah Iman, Sana’a Yaman. Kunjungan beliau diantaranya sebagai membelas kunjunga pihak KIDU ke Yaman beberapa tahun lalu. Dikesempatan kunjungan beliau, satu program ihya ramadhan telah disusun untuk manafaat para pelajar. Beliau juga memperlawa kepada para pelajar KIDU untuk menyambung pengajian di Bumi Yaman.

Kehebatan dan kegemilangan Muassasah Darul Ulum yang diasaskan oleh para pejuang terdahulu akan terus dipelihara demi kesinambungan perjuangan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul