Skip to main content

Keputusan yang sangat mendebarkan..


30 Januari 2013 tarikh yang sangat ditunggu oleh para pelajar STAM seluruh Malaysia. Ia merupakan tarikh pengumuman keputusan peperiksaan bagi sijil yang dikhususkan kepada pelajar Islam sahaja. Memandangkan sijil ini telah diiktiraf setaraf matrikulasi, para pelajar sangat mengharapkan suatu keputusan yang membanggakan yang bakal diperolehi. Kesungguhan selama 10 bulan, diselang seli dengan amalan yang menguatkan jiwa, dikuatkan dengan doa dari keluarga terutama ibu ayah yang tercinta, para pelajar bersedia menerima apa jua keputusan yang bakal diperolehi oleh mereka.
62 orang calon yang menduduki peperiksaan sijil tersebut di Kolej Islam Darul Ulum secara mengikut kelas. Yang selebihnya adalah calon persendirian. Daripada jumlah tersebut, 2 orang pelajar telah memperolehi keputusan Mumtaz. Seramai 10 calon mendapat Jayyid Jiddan, 11 orang memperolehi Jayyid dan 7 orang mencatatkan keputusan Maqbul. Apa yang lebih membanggakan, seramai 6 orang pelajar Kemboja yang ditaja sepenuhnya telah mendapat keputusan cemerlang dan salah seorang pelajar terbaik STAM dengan memperolehi pangkat mumtaz.
Pihak KIDU mengucapkan jutaan tahniah kepada para pelajar yang telah Berjaya di dalam peperiksaan STAM 2012 dan diharapkan mampu mengadaptasikan segala ilmu yang diperolehi untuk kebaikan dunia dan akhirat. Manakala pelajar yang kurang bernasib baik, pihak KIDU berharap tidak ada istilah putus asa di dalam menggapai kejayaan dan teruskan usaha. KIDU memperlawa kepada para pelajar untuk mendaftar mengikuti pengajian di peringkat Diploma Syariah di Kolej Islam Darul Ulum. KIDU juga membuka peluang kepada para pelajar yang lulus 5 subjek STAM untuk mendaftar di peringkat Diploma di samping mengulang peperiksaan STAM di KIDU pada tahun 2013 atau 2014. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian pejabat Kolej Islam Darul Ulum 04-7825754 atau Ustaz Mohd Hanifi 012-5642132.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul