Skip to main content

Pendaftaran Kem Bahasa Arab Timur Tengah Lancar


11 Mac – Kolej Islam Darul Ulum yang memfokuskan kepada peningkatan pengetahuan Bahasa Arab menganjurkan Kem Bahasa Arab Persediaan Timur Tengah tahun 2013. Kem yang bermula pada 11 mac hingga 8 Julai 2013 menyasarkan para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Universiti di Timur Tengah khususnya Universiti Al-Azhar dan lain-lain universiti termasuk di dalam negara.  Pendaftaran yang bermula pada 11 mac mendapat sambutan para pelajar lepasan STAM dan SPM apabila pendaftaran yang diterima adalah di luar jangkaan. Bermula tahun ini, tempoh pengajian bagi kursus ini telah dilanjutkan kepada selama 4 bulan berbanding sebulan pada tahun-tahun sebelumnya. Selain itu, Kem ini mendapat sentuhan dan idea khusus dari YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak yang mengharapkan dengan penganjuran kem bahasa Arab ini akan mampu memberikan persediaan yang lebih baik buat para pelajar khususnya anak negeri Kedah yang bakal melanjutkan pengajian di Timur Tengah.

Kem ini akan menekankan beberapa aspek dalam penguasaan bahasa Arab. Lebih menarik, kem ini juga akan memberi pendedahan berkaitan ilmu-ilmu asas sebelum para pelajar mendaftarkan diri di fakulti pilihan di universiti. Sebagai contoh, sekiranya pelajar tersebut memilih untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang syariah, maka pelajar tersebut akan didedahkan berkenaan ilmu yang bakal dipelajari di fakulti tersebut. Para pelajar juga akan diberi pendedahan berkenaan soalan dan kaedan menjawab peperiksaan kemasukan ke Universiti Al-Azhar.

Dengan yuran yang berpatutan iaitu hanya RM 350 sebulan merangkumi pengajian, makanan dan penginapan selain tambahan RM 200 untuk yuran pendaftaran dan buku bagi bulan pertama. Diharapkan para pelajar yang mendaftar untuk mengikuti pengajian di Kem ini akan memperolehi ilmu yang bermanafaat dan mampu di adaptasikan ketika melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi pilihan pelajar. Kepada para pelajar yang ingin menyertai kem ini, ianya masih dibuka dan pihak KIDU memperlawa kepada mana-mana pelajar untuk menyertai kem ini.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul