Skip to main content

POKOK SENA: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menziarahi kuburan bekas Menteri Besar Kedah, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Muassasah Darul Ulum yang meninggal dunia Khamis lalu.

Sebaik tiba di tapak perkuburan kira-kira jam 12 tengahari, Tuan Guru Abdul Hadi bersama rombongan menunaikan solat jenazah ghaib serta mendoakan kesejahteraan untuk Almarhum Ustaz Azizan.
Ustaz Abdul Hadi tidak hadir di majlis pengkebumian bekas Pesuruhjaya PAS Kedah Khamis lalu kerana menghadiri forum persidangan Islam di Pakistan.
Beliau memuji Azizan yang sepanjang hayatnya memberikan komitmen tinggi untuk perjuangan Islam.

"Sepanjang hayat tiada istilah rehat bagi beliau, sehinggalah Allah SWT menjemputnya dari ribaan umat,” kata Abdul Hadi.

Turut hadir menziarahi kubur Almarhum Ustaz Azizan ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Timbalannya, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Setiausaha Politik Presiden PAS,  Dr Ahmad  Samsuri Mokhtar. from Harakahdaily

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...