Skip to main content

KIDU fokus kecemerlangan Bahasa Arab.

Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) yang ditubuhkan 10 tahun yang lalu merupakan institusi pengajian tinggi yang menitik beratkan penguasaan bahasa Arab dengan cemerlang. Dengan pelbagai program dan kursus yang dianjurkan KIDU berhasrat lahir sebagai pusat pengembangan Bahasa Arab yang terbaik.
Antara program yang di susun seperti program Kursus Bahasa Arab jangka pendek seperti Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah, Peringkat Menengah dan Persediaan buat para pelajar yang bakal menyambung pengajian ke Luar Negara seperti Jordan dan Mesir. Kursus ini menggunakan tenaga pengajar yang mahir termasuk di datangkan khas dari Timur Tengah.
Selain kursus-kursus jangka pendek, pihak KIDU juga menjadi pilihan pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Selain menggunakan silibus pengajian STAM yang disusun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, KIDU juga mereka silibus khas agar hasrat melihat para pelajar cemerlang itu tercapai. Antara kelainan STAM yang ada disini adalah sesi penguasaan Bahasa Arab dan kelas khusus pembelajaran Al-Quran mengikut silibus tahfiz. Pengisian dilaksanakan selama 2 tahun dan amat baik bagi pelajar lepasan institusi pengajian hafiz bagi mendalami pengajian Bahasa Arab sekaligus menduduki peperiksaan STAM. Gabungan pengajian secara kontemporari dan turath menjadikan sistem pengajian program ini di KIDU sangat unik. Malah pelbagai program kemasyarakatan juga disusun agar para pelajar lulusan KIDU tidak merasa kekok untuk berbakti kepada masyarakat.
Dua program yang ditawarkan KIDU ini menawarkan kelainan yang sangat berbeza berbanding institusi pengajian lain selain dari yuran yang sangat berpatutan. Yuran yang merangkumi pengajian, penginapan, makanan, takaful pelajar dan sebagainya. Pengajian bermula Januari 2014. Para pelajar yang berminat mengikuti program-program pengajian di KIDU bolehlah melayari web KIDU di www.kidu.edu.my atau menghubungi talian pejabat 04-7825754 atau Penolong Pendaftar KIDU 012-5642132.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul