Kisah Nabi Ibrahim dan keluarga baginda adalah lambang ketaatan dan kepatuhan yang luar biasa bagi seorang mukmin sejati yng diradhi Allah swt. Inilah contoh unggul sepanjang zaman yang dikekalkan kisahnya di dalam al-Quran buat renungan dan tatapan generasi muslim hari ini bagi mencontohi dan mentauladani kisah agung keluarga mithali ini. Nabi Ibrahim selaku suami yang soleh pilihan Allah bersama isteri solehah Siti Hajar dan anak yang soleh Nabi Ismail melaksanakan perintah Allah swt dengan penuh yakin dan tawakkal tampa sekelumit rasa sedih dan menyesal melaksanakan apa yang diperintahkan Rabbul Izzah walau pada perkiraan manusia suatu yang tidak logik.Ditinggalkan di padang pasir yang kering kontang tampa manusia dan kemudahan asas kemudian diperintahkan untuk disembelihkan anak sendiri untuk korban semuanya perintah yang pasti menguji iman dan keyakinan kepada Pencipta. Semuanya dilalui dan dilaksanakan secara bersungguh-sungguh kerana hanya satu perkara bahawa ia adalah perintah dari Allah swt.
Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...
Comments
Post a Comment