Skip to main content

LAWATAN RASMI IQDAR KE KIDU

9 Februari 2026 | Kolej Islam Darul Ulum

Kolej Islam Darul Ulum Original (KIDU) telah dikunjungi oleh wakil-wakil Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), bagi tujuan bertukar-tukar pandangan berkaitan pengurusan serta perbincangan potensi kerjasama akademik yang boleh dijalinkan antara kedua-dua institusi.
IQDAR telah diwakili oleh:
  • Timbalan Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK)
  • Pengarah IQDAR
  • Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) IQDAR
  • Timbalan Pengarah (HEA & HEP) IQDAR
Rombongan IQDAR disambut oleh ahli-ahli Pentadbiran Eksekutif KIDU, antaranya:
  • Pengerusi Majlis KIDU
  • Pengarah KIDU
  • Pendaftar KIDU
  • Penolong Pendaftar (HEP) KIDU
KIDU mengharapkan hubungan silaturrahim yang lebih erat hasil daripada lawatan ini, dan seterusnya bekerjasama bersama-sama dalam memperkasakan pendidikan Islam, khususnya dalam bidang pengajian Al-Quran pada masa akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) atas kesudian mereka meluangkan masa di KIDU.








------------------------------------------------
PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU
DIPLOMA EKSEKUTIF KIDU
PENGAJIAN SYARIAH
SESI MAC 2026 KINI DIBUKA
Daftar sekarang...
Tarikh Pendaftaran : 4 Mac 2026
▶️ Walk in pejabat Kolej Islam Darul Ulum Original di 👇🏻
📍Lokasi /Alamat
KM23, Jalan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
@
▶️ Atas talian dengan mengisi pautan google form 👇🏻
🌐 Link Pendaftaran:
☎️ Untuk keterangan lanjut :

Pejabat (+601155565754)
Unit Perhubungan Awam (+6013-790 4623)
"Kearah Melahirkan Ulamak Amilin"

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...