Keputusan STAM telah di umumkan olej Kementerian Pelajar pada 31 Januari 2011. KIDU yang pertama kali mendapat keizinan Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk dijadikan pusat peperiksaan STAM pada tahun lepas mencatat sejarah tersendiri apabila seorang pelajar KIDU telah mendapat keputusan Mumtaz (Cemerlang). Selain itu, seramai 4 orang pelajar telah mendapat keputusan Jayyid Jiddan (Sangat Baik). Malah, 12 orang pelajar telah mendapat keputusan Jayyid (Baik) dan 4 orang mendapat Maqbul (Lulus).
Pelajar yang mendapat keputusan Mumtaz adalah saudari Adila Bt Safiudin yang merupakan lepasan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Penolong Pendaftar Akademik, Ustaz Azamuddin Abdul Aziz melahirkan rasa kesyukuran di atas keputusan yang diperolehi para calon-calon STAM dari KIDU. Ini membuktikan kemampuan pembelajaran dan pengajaran yang diterapkan di KIDU. Beliau yang ditemui berkata “ keputusan ini sebagai bukti kemampuan pembelajaran dan pengajaran yang di jalankan di KIDU. Ini kerana, kaedah pembelajaran di KIDU adalah kaedah ala-ala Universiti ”. beliau mengharapkan keputusan ini akan memberi semangan dan rangsangan untuk calon-calon lain memperolehi kejayaan yang sama malah lebih baik dari tahun ini. Beliau juga menjemput mana-mana pelajar yang ingin mendaftar Kursus STAM di KIDU, boleh menghubungi pejabat KIDU.
Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh STAF KIDU mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah lulus di dalam peperiksaan STAM dan mengharapkan kejayaan yang diperolehi digunakan sebaik yang mungkin untuk seluruh umat Islam.
Comments
Post a Comment