Seramai 6 orang pelajar dari Negara Kemboja telah mendaftar sebagai calon STAM di Kolej Islam Darul Ulum. Mereka yang tiba di Bukit Kayu Hitam (sempadan Malaysia-Thailand) pada 31 Januari 2011 telah disambut oleh Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT, saudara Mohd Hanifi dan Penolong Pendaftar Akademik, Ustaz Azamuddin. Para pelajar ini tiba di sempadan Malaysia-Thailand pada jam 11 dan telah diurus berkaitan keizinan memasuki Negara ini. Mereka ini diiringi oleh Ustaz Haji Arsyad yang merupakan Pembantu 4 bagi Mufti Kerajaan Kemboja, Sheikh Haji Kamaruddin Yusof.
Sebelum tiba di KIDU, para pelajar diraikan di satu majlis makan tengahari. Ustaz Haji Arsyad yang ditemui mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KIDU yang sudi menerima para pelajar dari Kemboja untuk mengikuti dan menduduki peperiksaan STAM disini. Pihak KIDU juga menerima panggilan langsung dari Sheikh Haji Kamaruddin Yusof sejurus para pelajar ini tiba. Dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan KIDU dapat membantu para pelajar ini dengan memberi didikan yang terbaik agar mereka dapat kembali ke Kemboja seterusnya menjadi pendakwah mengembangkan ajaran Islam di sana.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Staf KIDU mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar dari Kemboja.
Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...
Comments
Post a Comment