Kolej Islam Darul Ulum melalui Pejabat Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin untuk para pelajar program STAM yang akan menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini. Seramai 104 orang pelajar yang mendaftar program STAM di KIDU akan mula menduduki peperiksaan pada minggu ini. Majlis bacaan yasin ini diketua oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Abdullah selaku Pengarah Akademik KIDU memohon kepada Allah S.W.T agar memberikan kejayaan kepada para pelajar di dalam menghadapi peperiksaan tersebut. Tahun ini merupakan tahun kedua KIDU menjadi pusat peperiksaan STAM. Pihak KIDU mendoakan agar para pelajar dapat menjawab dengan baik di dalam pereriksaan kali ini seterusnya beroleh kejayaan yang membanggakan.
Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...
Comments
Post a Comment