Skip to main content

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang STAM Sesi I


Program STAM di Kolej Islam Darul Ulum memasuki tahun ketiga proses pembelajaran semenjak tahun 2009 yang lalu. Pelbagai inisiatif diambil oleh pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum melalui Bahagian Akademik untuk memberikan kelainan kepada para pelajar STAM agar mampu berdaya saing seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang sebenar.

Di antara kelainan yang dibuat di Kolej Islam Darul Ulum untuk para pelajar STAM adalah peperiksaan pada setiap 3 bulan (Suku Tahun pertama, Kedua dan Ketiga). Peperiksaan ini akan menilai keupayaan pelajar sepanjang 3 bulan menuntut ilmu serta menguji kekuatan kefahamn dan hafalan para pelajar di dalam menguasai pembelajaran di kelas dan aktiviti luar. Malah, pihak Kolej Islam Darul Ulum telah membahagikan para pelajar STAM kepada 3 kategori bermula Kelas A, Kelas B dan Kelas C. Para pelajar di Kelas A merupakan mereka yang menguasai dan memahami bahasa Arab dan matapelajaran STAM dengan baik. Manakala pelajar Kelas B adalah pelajar yang peratusan penguasaan dan pemahaman bahasa Arab dan matapelajaran STAM berada di tahap 60 hingga 79 peratus. Pelajar kelas, adalah mereka yang menguasai dan memahami bahasa Arab dibawah 59 peratus. Namun ianya bukan suatu keputusan yang tetap untuk para pelajar yang berada di Kelas B dan Kelas C. Kerana setiap 3 bulan, para pelajar akan dinilai keupayaan mereka. Sekiranya nilai atau markah pelajar Kelas A menurun, maka pelajar tersebut akan ditempatkan di kelas mengikut nilaian semasa. Begitu juga sebaliknya sekiranya pelajar Kelas C meningkat dari sudut prestasi, pelajar tersebut akan dinaikkan kelas. Kesemua mereka ini tidak akan tetap di 1 kelas sahaja terutama pelajar Kelas B dan Kelas C yang sudah pasti akan berusaha untuk berubah kelas. Manakala pelajar Kelas A sudah tentu akan berusaha mempertahankan reputasinya.

Dengan kaedah sebegini, pihak pentadbiran mengharapkan ianya dapat memberikan suatu input yang sangat positif untuk para pelajar berusaha mengekalkan nilai dan markah mereka agar tidak turun ke kelas yang lebih bawah. Untuk sesi pertama, pihak KIDU telah menganugerahkan pelajar cemerlang sesi I kepada pelajar Mohd Ameer Syarif dan berharap para pelajar lain berusaha dengan lebih gigih untuk memperolehi keputusan yang lebih baik. Masih berbaki 2 sesi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang iaitu pada bulan Jun dan September.    

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul