Skip to main content

KIDU anjur Kursus Bahasa Arab Persediaan Ke Timur Tengah


Kolej Islam Darul Ulum melangkah maju dalam memberi pendedahan dan pembalajaran bahasa Arab kepada semua peringkat. Dengan kejayaan penganjuran Kem Bahasa Arab peringkat Rendah dan Menengah yang di anjurkan saban tahun serta mendapat penyertaan yang menggalakkan, KIDU sekali lagi menawarkan program berteraskan bahasa Arab kepada para pelajar yang akan menyambung pengajian di Timur Tengah. Kursus Bahasa Arab Persediaan ke Timur Tengah bermula pada 3 Jun hingga 29 Jun 2012 dirangka khusus untuk para pelajar yang akan mendaftar pengajian di Negara-negara Arab samada di Mesir, Jordan, Morocco dan sebagainya.
Penolong Pendaftar, Saudara Mohd Hanifi menjelaskan keistimewaan program ini adalah kaedah pembelajaran yang menarik untuk diikuti. Ianya menekankan 5 prinsip pembelajaran agar para pelajar yang menamatkan kursus di sini mampu mengaplikasikan bahasa Arab dengan baik terutama di bumi Arab. Pemahaman Bahasa Arab menjadi keutamaan di dalam kaedah pembelajaran di kursus ini dengan penekanan penguasaan Nahu, Sorf, Imlak, Mutalaah dan sebagainya sehingga para pelajar mampu membaca dengan kaedah yang betul dan bukannya membaca tanpa punyai sandaran yang seharusnya. Kaedah kedua yang diberi penekanan adalah penguasaan penulisan bahasa Arab mengikut tatabahasa yang tepat mengikut kaedah bahasa Arab. Ini kerana sebahagian para pelajar masih terikut-ikut tatabahasa dari Bahasa Malaysia. Apa yang ditulis oleh para pelajar hanyalah menukar atau mengalihkan bahasa sahaja. Ianya salah dari sudut penulisan bahasa Arab sehingga menyebabkan para pelajar kehilangan banyak markah di dalam peperiksaan dan sebagainya. Penguasaan dan pemahaman bahasa fushah sering dikuasai oleh kebanyakan pelajar yang menuntut di bumi Arab. Apa yang menjadi keistimewaan kursus ini adalah para pelajar akan didedahkan penguasaan bahasa ‘Ammi (Bahasa Arab Pasar) yang digunakan masyarakat Arab. Ianya mempunyai pelbagai kebaikan seperti dapat memahami budaya Arab dengan lebih cepat serta mengelakkan permasalahan yang mungkin timbul akibat kekurangan penguasaan bahasa pasar.
Fardhu Ain juga menjadi salah satu kemestian yang harus dikuasai oleh para pelajar muslim sekalipun para pelajar tersebut akan mengikuti pengajian di dalam bidang selain syariah dan usuludin. Para pelajar akan didedahkan ilmu-ilmu dari kitab-kitab turath, masalah-masalah fiqh semasa dan sebagainya. Selain itu, para pelajar ini akan dilatih dengan slot kepimpinan seperti penganjuran pertandingan di kalangan para pelajar, dilantik sebagai ketua bagi beberapa urusan sebagai nilai tambah yang membina para pelajar ini. Dengan cara ini, para pelajar akan dapat menyesuaikan diri sekiranya diminta untuk memegang jawatan di dalam organisasi dan mampu memimpin organisasi dengan lebih baik.
Prinsip yang terakhir dalam kaedah pembelajaran di dalam silibus khas untuk para pelajar yang akan mengikuti pengajian dalam bidang perubatan khususnya iaitu pengenalan istilah-istilah perubatan menggunakan bahasa Arab. Bagi memenuhi kriteria ini, pihak KIDU akan menjemput Doktor-doktor perubatan dari Hospital untuk memberi tunjuk ajar terutama Doktor lepasan dari Universiti Iskandariah. Selain itu, silibus khas ini akan menawarkan pengajian dan pemantapan Bahasa Inggeris kepada semua pelajar kursus ini.
Pensyarah khas dari Mesir, Sheikh Maher Saed Abdel Aziz Karawya telah didatangkan khas untuk pemantapan bahasa arab para pelajar yang mengikuti program ini. Malah pihak KIDU memperkenalkan kaedah menjawab soalan-soalan untuk ujian kemasukan Universiti al-Azhar. Keputusan lalau yang diperolehi memberansangkan apabila kesemua para pelajar yang mengikuti kursus ini pada tahun lalu Berjaya dalam Ujian Kemasukan Universiti Al-Azhar. KIDU menawarkan kepada para pelajar yang berminat untuk mengikuti kursus ini. Yuran yang dikenakan adalah berpatutan merangkumi yuran pengajian, makanan, nota pengajian, buku, lawatan dan sebagainya. Para pelajar yang berminat boleh menghubungi Penolong Pendaftar Saudara Mohd Hanifi di talian 012-5642132 atau menghubungi Pejabat Kolej Islam Darul Ulum 04-7825754.

Comments

  1. Ayat terlalu panjang, selang antara perenggan pun tiada. Agak kurang menarik untuk dibaca. Harap perbaiki dalam post2 akan datang. Majulah KIDU untuk agama...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul