Skip to main content

Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman Kolej Islam Darul Ulum dan Kolej Islam Darul Mustafa.



Lembaran baru hubungan erat institusi pendidikan dua buah Negara, Malaysia dan Thailand terjalin semakin utuh dalam mengambangkan syiar Islam. 21 Oktober 2012, satu perjanjian persefahaman telah termeterai antara Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena Kedah dan Kolej Islam Darul Mustafa, Yala, Selatan Thailand. Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan menyaksikan KIDU yang diketuai oleh Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah selaku Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum mewakili KIDU untuk menandatangani perjanjian ini yang disaksikan oleh Ustaz Ahmad Yahya selaku Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum. Manakala di pihak Kolej Islam Darul Mustafa, Dr Wan Abdul Qadir Wan Yusuf selaku Rektor menandatangani perjanjian ini sambil disaksikan oleh wakil Kerajaan Thailand.
Antara isi kandungan perjanjian ini adalah para pelajar dari KIYAI akan menyambung pengajian di peringkat Diploma Pengajian Islam di KIDU. Secara tidak langsung, ianya memberi peluang tambahan kepada para pelajar KIYAI untuk menyambung pengajian setelah tamat Shahadah Thanawiyah.
Kolej Islam Darul Ulum mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan berharap agar ianya akan merealisasikan hasrat semua agar Islam dijulang tinggi bermula dari pendedahan pendidikan Islam kepada generasi masa kini.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...