Skip to main content

Majlis Kenduri Kesyukuran


Majlis Kenduri Kesyukuran melibatkan semua kakitangan dan warga kerja Sekolah Menengah Islam Darul Ulum ( SMIDU ) Kolej Islam Darul Ulum ( KIDU ) serta Pejabat Muassasah Darul Ulum         ( MDU ) serta para pelajar seramai 400 orang. Majlis dijayakan dengan sumbangan daging kurban daripada penyumbang yang budiman pada Aidil Adha yang lalu. 

Matlamat program berasaskan 3 tunggak seperti berikut : 

Ukhuwwah Fillah 
Mengeratkan ukhuwwah dan mahabbah antara semua warga di bawah Muassasah Darul Ulum ( MDU ) kerana Allah 

Thadhiah
Sifat pengorbanan yang disemai bagi setiap warga muaasasah seperti pengorbanan binatang  ternakan dikorbankan kerana Allah maka manusia yang tentunya lebih hebat daripada binatang akan sentiasa  berkorban kerana Allah  khususnya dalam jihad taklimi.

Mujahadah 
Sifat utama yang perlu ada pada setiap muslim bagi membuktikan sayang kepada agama dan bukti cinta kepada Alah dan Rasul.

Semoga semua warga muassasah menghayati makna dan konsep penganjuran program yang dijalankan.


 

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul