Skip to main content

Posts

Kursus Bahasa Arab Rendah 2012 Menutup Tirai…

Sebulan yang penuh dengan segala aktiviti yang bermanafaat buat 40 orang peserta Kursus Bahasa Arab Peringkat Rendah anjuran Kolej Islam Darul Ulum. Program yang bermula pada 25 Nov sehingga 25 Disember telah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kolej Islam Darul Ulum. Para pelajar yang mendaftar kursus ini telah diberi pelbagai pendedahan berkenaan bahasa Arab yang mampu menarik minat para pelajar untuk lebih mendalami bahasa tersebut. Ianya penting memandangkan bahasa Arab merupakan bahasa yang mampu memberikan kefahaman yang baik dalam mengetahui selok belok berkenaan agama Islam. Selain penguasaan bahasa arab yang menjadi tumpuan, para pelajar ini juga didedahkan berkenaan fardhu ain yang menjadi asas perlaksaan ibadah agar segala yang di amalkan itu berlandaskan ajaran Islam yang sebenar. Para pelajar juga disuntik dengan semangat motivasi agar mereka berdaya saing dalam pelajaran di sekolah masing-masing. Malah pemilihan tempat untuk slot motivasi dibuat diluar KI...

Program Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Tawaran untuk para pelajar lepasan SPM dan mereka yang ingin mengulang / menduduki peperiksaan STAM. Silibus Pengajian STAM di KIDU: 1.        Silibus Kementerian Pelajaran Malaysia. 2.        Silibus khas yang direka untuk memastikan para pelajar lulus dengan cemerlang. 3.        Kelas Hafazan al-Quran. 4.        Kelas Pemantapan Bahasa Arab dan persediaan ke Timur Tengah 5.        Para pelajar diberi pendedahan berkenaan isu-isu semasa dengan program yang menarik. Keistimewaan STAM di KIDU : 1.        Yuran yang berpatutan. 2.        Aktiviti keagamaan yang memantapkan kerohanian. 3.        Program pendedahan yang berguna untuk masa depan pelajar. 4.        Penginapan disediakan termasuk muso...

Tawaran Kursus Bahasa Arab Peringkat Menengah 2013

Menjadi kelaziman Kolej Islam Darul Ulum menganjurkan program-program berteraskan bahasa Arab yang menjadi keutamaan pendidikan di sini. Pelbagai program berteraskan bahasa Arab telah dianjurkan saban tahun. Bermula dengan peringkat rendah, menengah malah sehingga kepada kursus bahasa Arab untuk para pelajar yang bakal menyambung pengajian di Negara-negara Timur Tengah seperti Mesir, Jordan, Morocco dan sebagainya. Pada tahun ini, menjadi fokus Kolej Islam Darul Ulum dalam memberikan pendidikan berteraskan bahasa Arab kepada para pelajar yang sangat minat mendalami bahasa tersebut. Kem Bahasa Arab Peringkat Menengah khas untuk para pelajar lepasan SPM dan STAM kembali dianjurkan buat kali kelima pada tahun 2013. Kem yang akan bermula pada 13 Januari 2013 dan berakhir pada 20 Februarai (40 hari) akan menekankan 5 aspek pengajian di dalam kem ini. Pertamanya pembelajaran Bahasa Arab dengan 3 penekanan iaitu Penguasaan Komunikasi, Kefahaman Pembacaan dan Kehebatan di dalam penul...

Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah

Berbaki lagi 3 hari untuk Program Kem Bahasa Arab Kolej Islam Darul Ulum peringkat Rendah. Pihak KIDU memperlawa kepada semua para pelajar yang berada lingkungan umur 8 hingga 16 tahun adalah sangat-sangat diperlawa untuk bersama menyertai program ini. Pendaftaran 3 orang dan ke atas akan diberikan hadiah misteri.Jangan lepaskan peluang ini.... Keperluan para pelajar : Pakaian Kuliah (T-Shirt Berkolar, Kemeja atau baju raihan - lelaki) Pakaian Kuliah (Baju Kurung dan Jubah- Perempuan). Pakaian Ibadah (Baju Melayu atau Jubah) Pakaian Sukan (Baju Muslimah, Track suit dan yang sesuai) Selimut Baldi Penyangkut Baju dan keperluan yang difikirkan sesuai oleh pihak waris. Pihak KIDU menyediakan peralatan asas seperti tilam, cadar dan bantal...

Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman Kolej Islam Darul Ulum dan Kolej Islam Darul Mustafa.

Lembaran baru hubungan erat institusi pendidikan dua buah Negara, Malaysia dan Thailand terjalin semakin utuh dalam mengambangkan syiar Islam. 21 Oktober 2012, satu perjanjian persefahaman telah termeterai antara Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena Kedah dan Kolej Islam Darul Mustafa, Yala, Selatan Thailand. Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan menyaksikan KIDU yang diketuai oleh Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah selaku Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum mewakili KIDU untuk menandatangani perjanjian ini yang disaksikan oleh Ustaz Ahmad Yahya selaku Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum. Manakala di pihak Kolej Islam Darul Mustafa, Dr Wan Abdul Qadir Wan Yusuf selaku Rektor menandatangani perjanjian ini sambil disaksikan oleh wakil Kerajaan Thailand. Antara isi kandungan perjanjian ini adalah para pelajar dari KIYAI akan menyambung pengajian di peringkat Diploma Pengajian Islam di KIDU. Secara tidak langsung, ianya memberi peluang tambahan kepada para pelajar KIYAI untuk m...

Warna-warni Sambutan Jubli Perak Muassasah Darul Ulum.

Tanpa kita sedari, 25 tahun telah berlalu sejarah pembinaan dan pembangunan Muassasah Darul Ulum. Dari jerit payah Almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor dan para pimpinan ketika itu sehingga mampu membeli tanah seluas 48 ekar dengan harga RM 600.000 ketika itu merupakan suatu jumlah yang sangat tinggi nilainya. Pembinaan pertama sebuah masjid dengan nilai RM 150.000 menyebabkan kerajaan BN ketika itu mengambil keputusan merampas tanah tersebut dengan alasan membina bangunan di tanah pertanian. Rentetan tragedi rampasan tersebut menaikkan kemarahan para pendokong gerakan Islam untuk berkampung disini demi mempertahankan bumi ini. siang malam tidak kira tua dan muda berjaga dan berkawal memastikan hasrat kerajaan BN tidak kesampaian. Akhirnya, setelah rundingan demi rundingan, kerajaan bersedia memulangkan semula tanah ini dengan syarat membayar wang denda sebanyak RM 80.000. 20 hingga 22 September yang lalu, kenangan ini diimbau kembali dengan penganjuran Sambutan Jubli Perak 25 ...

Amanat Tuan Guru Presiden

Sedutan amanat Tuan Guru ketika berucap pada Majlis Konvokesyen KIDU Ke 11   pada 22 September 2012 - Barat mengambil ilmu  daripada umat Islam terutama di bumi Andalus - Mereka mencuri ilmu dan tidak beriman - Jesteru umat Islam perlu kembalikan semula ilmu itu seperti kata hikmah " Al-Hikmah itu sesuatu yang telah tercicir .. di mana didapati maka kamu berhak mengambilnya ". -  Kini tanggungjawab pada graduan bagi mengumpul sebanyak mungkin al-Hikmah itu untuk manfaat ummat hari ini. - Tanggungjawab graduan bukan hanya berilmu tetapi beramal dan berjuang - Kekuatan ummat dikembalikan dengan perjuangan dan jihad yang berterusan. - Amanah ilmu perlu ditunaikan kerana bertanggungjawab di hadapan Allah swt - Tahniah kepada semua graduan dan berdoa semoga ISTIQAMAH.