Skip to main content

Mesyuarat Ikatan Kolej-Kolej Berkembar Antarabangsa (IKBA).



Kolej Islam Darul Ulum yang menganggotai Ikatan Kolej-kolej Berkembar Antarabangsa (IKBA) telah menghadiri mesyuarat IKBA pada 25 Oktober yang lalu. Mesyuarat kali ini bertempat di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Perta (KIAS), Nilam Puri Kelantan. KIDU telah diwakili oleh Penolong Pendaftar Pentadbiran dan HEP, Ustaz Abdul Ghani bin Abdullah dan Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat, saudara Mohd Hanifi bin Haji Ahmad Jamaludin.
Pada mesyuarat kali ini, ahli mesyuarat telah sebulat suara melantik Dr Johari bin Mat, Pengarah KIAS sebagai Setiausaha Agung IKBA yang baru. Antara lain, pihak mesyuarat juga membincangkan beberapa hal untuk kebaikan bersama antara ahli ikatan dalam mengembangkan pendidikan kepada anak bangsa untuk masa depan yang lebih baik.
Pihak KIDU mengucapkan Tahniah kepada Dr Johari bin Mat atas perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agung IKBA.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...