Skip to main content

Kem Cuti Sekolah 2010 di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum

Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum dipilih sebagai lokasi penganjuran kem-kem sempena cuti sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah menengah pada tahun ini. Penganjuran program yang dikelolakan oleh Unit Pembangunan Insan Kedah ini bertujuan mengisi masa cuti para pelajar dengan aktiviti yang berfaedah serta memberi manafaat dan kebaikan kepada mereka. Selain itu, ia bertujuan mengelakkan para pelajar dari terlibat dengan kegiatan yang melalaikan serta membawa kepada kerosakan. Antara slot yang ada pada kem kali ini adalah ceramah motivasi, pembelajaran kaedah solat yang betul dan sebagainya. Ibu bapa dijemput untuk menghantar anak-anak mereka ke kem-kem seperti berikut yang di anjurkan di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum seperti berikut:


Nama Kem : Kem Bina Insan
Tarikh : 22 / 11 / 2010 sehingga 25 / 11 / 2010
Bayaran : RM 20.00
Tempat : Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum
Peserta : Pelajar berumur 13,14 dan 15 Tahun

Nama Kem : Kem Bina Sahsiah
Tarikh : 28 / 11 / 2010 sehingga 18 / 12 / 2010
Bayaran : RM 150.00
Tempat : Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum
Peserta : Pelajar berumur 16, 17 dan 18 Tahun


• Pendaftaran kem-kem ini dibuka pada 7 November 2010 sehingga penuh.
• Setiap Pendaftaran perlu disertakan dengan yuran pendaftaran.
• Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi Talian Hotline : 019-5909733 atau www.pembangunaninsankedah.blogspot.com.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...