Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar.
Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jinan, Lubnan.
Dengan perkenalan program baru ini memudahkan para pelajar menyusun agenda atau program tersendiri sebelum menyambung pengajian di luar Negara terutamanya melibatkan kos pengajian dan sebagainya. Beliau yang ditemui berkata, " Jika sebelum ini para pelajar mengalami kesulitan untuk membuat pilihan menyambung pengajian di tahun 4 di saat-saat akhir sebelum menamatkan pengajian diploma di KIDU. Namun dengan program ini, para pelajar sudah boleh memilih ketika awal pendaftaran semester 1 di KIDU. Dan ini juga memudahkan pihak pentadbiran KIDU menguruskan para pelajar ini terutama yang mahu menyambung pengajian di luar Negara. Kita akan memastikan pengurusan pelajar yang mahu menyambung pengajian di dalam dan luar Negara lebih sistematik dan tersusun kerana kita mempunyai waktu yang mencukupi berbanding pengurusan di saat-saat akhir yang akan menimbulkan beberapa kesulitan di pihak KIDU dan pihak yang akan menerima mahasiswa lepasan KIDU ".
Program ini memberi beberapa kelebihan kepada bakal mahasiswa / wi KIDU. Antara kelebihannya adalah program ini menjimatkan masa dimana para pelajar memperolehi sijil Diploma dan Ijazah dalam satu masa iaitu 4 tahun. Selain itu, kos yuran pengajian di KIDU amat berpatutan berbanding kolej swasta yang lain. Juga kelebihan yang lain adalah para pelajar boleh menyusun kewangan dari awal sebelum menyambung pengajian di luar Negara. Kelebihan lain yang ditawarkan di KIDU adalah suasana pembelajaran yang membantu selain penguasaan bahasa arab kepada para pelajar dapat ditingkatkan dan silibus yang diajarkan di sini merupakan silibus dari Universiti terkemuka seperti Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah.
Pihak KIDU memperlawa lepasan Syahadah Sekolah Menengah Agama dan SPM untuk mendaftar sebagai pelajar di sini. Pengambilan baru bermula pada Mac 2011. Bagi pelajar Syahadah dan SPM yang masih belum memiliki sijil STAM, pihak KIDU menawarkan kursus pengajian sijil berkenaan di KIDU selain mulai tahun 2010, KIDU telah dipilih menjadi pusat peperiksaan STAM oleh Kementerian Pelajaran.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi talian Pejabat KIDU 04-7825754 atau menghubungi Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT : 012-5642132
Comments
Post a Comment