Skip to main content

KEM BAHASA ARAB DAN KELAS STAM

Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) akan menganjurkan Kem Bahasa Arab buat sekian kalinya. Program ini bermula pada 4 Januari sehingga 8 Februari 2011. Kem Bahasa Arab kali ini akan menyasarkan para pelajar lepasan SPM dan STAM. Ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar-pelajar lepasan SPM dan STAM sebelum menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, program ini juga bertujuan mengisi masa lapang para pelajar disamping menunggu keputusan peperiksaan SPM dan STAM dikeluarkan.

Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik, Ustaz Azamuddin b Abd Aziz berkata, “ Program ini merupakan kesinambungan dari tahun-tahun yang lepas. Program ini menekankan kaedah pembelajaran, penulisan dan pertuturan para pelajar untuk menguasai bahasa arab”. Beliau menambah lagi, dengan program ini, para pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang agama mampu memahami penggunaan bahasa arab memandangkan buku-buku rujukan dalam bidang agama banyak tertumpu kepada bahasa arab terutama mereka yang ingin menyambung pengajian di Timur Tengah. Program ini juga sebagai persedian kepada mereka yang ingin menyambung pengajian di Timur Tengah seperti Mesir, Jordan dan sebagainya. Antara modul yang di ajar selain dari penulisan, pertuturan bahasa arab adalah modul kepimpinan dan khidmat masyarakat. Ini adalah amat penting kepada para pelajar untuk menjadi pimpinan masyarakat pada masa depan. Para pelajar juga akan didedahkan dengan slot-slot motivasi seperti pembelajaran tentang kaedah ibadah, ceramah motivasi dan sebagainya.

Program ini berlangsung selama 42 hari dengan yuran sebanyak RM690 termasuk makanan, penginapan, buku-buku, modul-modul pengajian dan sebagainya. Para pelajar SPM dan STAM diperlawa untuk menyertai program ini dengan menghubungi talian pejabat KIDU 04-7825754 atau menghubungi Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik, Ustaz Azamuddin b Abd Aziz 012-5779761 dan Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT, Ustaz Mohd Hanifi 012-5642132

Selain program Kem Bahasa Arab, KIDU juga menawarkan kelas pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada lepasan SPM dan lepasan STAM yang ingin mengulang menduduki peperiksaan STAM. Kelas ini akan bermula pada 9 Januari 2011. Antara keistimewaan kelas STAM di KIDU adalah pembelajaran mengikut silibus pengajian dari Kementerian Pelajaran. Para pelajar yang mengambil STAM di KIDU akan merasai suasana pembelajaran “Ala Universiti”. Kemudahan yang disediakan di KIDU meliputi penginapan, kantin, perpustakaan, padang permainan, musolla dan sebagainya. Para pelajar STAM akan dibimbing oleh guru-guru yang berkelayakan dan berpengalaman. Pihak KIDU juga diberi kepercayaan menjadi pusat peperiksaan STAM dan ini memudahkan para pelajar menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Yuran untuk kelas STAM berpatutan dengan tidak membebankan para pelajar dan waris.

Kelas STAM ini disediakan untuk kemudahan para pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat ijazah terutama di Timur Tengah. Para pelajar diperlawa untuk mendaftar Kelas STAM dengan menghubungi talian pejabat KIDU 04-7825754 atau menghubungi Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik, Ustaz Azamuddin b Abd Aziz 012-5779761 dan Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT, Ustaz Mohd Hanifi 012-5642132.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg...

Iklan Kemasukan Kolej Islam Darul Ulum 2024

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...