Skip to main content

MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI JINAN, LUBNAN.




Seramai lima orang mahasiswi lanjutan Kolej Islam Darul Ulum yang menyambung pengajian di peringkat ijazah tahun akhir di Universiti Jinan, Tripoli, Lubnan telah menerima ijazah pengajian Islam di sini pada 17 Julai 2010 yang lalu. Mereka ialah Roqaiyah bt Abd Wahab, Aishah bt Abidin, Azila bt Khamis, Mas Aida bt Musa dan Solehah bt Anuar. Kumpulan mahasiswi ini adalah kumpulan pertama pelajar dari KIDU yang menyambung pengajian di tahun akhir di Universiti Jinan dari program berkembar 3 + 1 antara Kolej Islam Darul Ulum dengan Universiti Jinan, Tripoli, Lubnan. Program berkembar ini membolehkan para pelajar KIDU yang memperolehi Diploma Pengajian Islam KIDU menyambung pengajian di tahun akhir di Fakulti Pengajian Islam dan Kesusasteraan dalam jurusan pengajian Islam.
Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum, Tuan Haji Che Din bin Arshad yang ditemui menyatakan rasa gembira dengan kejayaan pelajar-pelajar KIDU di Universiti Jinan. Ini membuktikan kemampuan pelajar-pelajar KIDU bersaing dengan pelajar-pelajar dari seluruh dunia selain mata pelajaran yang di ajar di KIDU bersesuaian dengan mata pelajaran di Universiti Jinan sehingga para pelajar tidak rasa terbeban dengan suasana dan kaedah pengajian di sana. Beliau juga memberitahu, suasana persekitaran di sana membantu pertuturan pelajar untuk menguasai bahasa arab yang merupakan bahasa utama dalam pengajian di KIDU dan Universiti Jinan. Bahasa Arab yang merupakan bahasa yang banyak di guna di dunia ini.
Pihak KIDU telah dijemput untuk menghadiri Majlis Konvokesyen kali ini dan dihadiri oleh Dato’ Mohamed Taulan bin Rasul, Pengerusi Majlis KIDU, Ustaz Haji Zawawi bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KIDU dan Pendaftar KIDU, Tuan Haji Che Din bin Arshad.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...