Skip to main content

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PEPERIKSAAN TASFIAH.

Keputusan peperiksaan Kolej Islam Darul Ulum akan mula dikeluarkan pada hari Rabu 8 Disember 2010 bersamaan 2 Muharram 1432 H. Setiap pelajar diminta datang untuk menyemak keputusan masing-masing di pejabat Kolej Islam Darul Ulum dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Sila jelaskan yuran yang tertunggak sebelum menyemak keputusan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak akan dikeluarkan. Harap maklum.

Peperiksaan ulangan (Tasfiah) akan bermula pada 12 Disember 2010. Para pelajar diminta datang untuk menyemak sendiri jadual peperiksaan Tasfiah di bahagian Akademik KIDU. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pejabat KIDU 04-7825754 atau Penolong Pendaftar Akademik.

Comments

Popular posts from this blog

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Sekitar Program Haul

 

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...