Sabtu yang lalu (28 Mei 2011) yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) telah menerima kunjungan dari Alumni-alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limawan, Sabah. Rombongan ini diketuai oleh Saudara Salman Bin Ismail yang merupakan anak kepada Mantan Mufti Sabah, S.S Sheikh Ismail Abbas. Tujuan kunjungan ahli rombongan adalah dalam rangka melawat dan menziarahi guru-guru yang pernah menabur bakti di SMKA Limawan. Di pihak KIDU, Ustaz Ahmad Bin Lazim yang merupakan Bendahari Majlis Muassasah Darul Ulum pernah mengajar di sekolah tersebut selain Ketua Pegawai Eksekutid, Ustaz Haji Zawawi Bin Haji Ahmad juga berkhidmat di Sabah.
Pertemuan kali ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak KIDU dan ahli rombongan. Rombongan ini disambut oleh Ustaz Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin selaku Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT. Di majlis ini, pihak KIDU menerangkan berkaitan program dan perjalanan KIDU kepada ahli rombongan.
Ustaz Haji Zawawi yang hadir selepas itu menyampaikan ucapan alu-aluan kepada ahli rombongan. Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudiaan ahli rombongan mengunjungi KIDU. Ini akan membuka lembaran baru dalam penyebaran dakwah Islamiyyah di Sabah. Dan pihak KIDU juga berhasrat mengembangkan program-program dan kursus-kursus yang ditawarkan di KIDU ke Sabah.
Di akhir majlis, pihak KIDU telah menyampaikan cenderamata kepada semua ahli rombongan. Cenderamata disampaikan oleh Ustaz Haji Zawawi. Saudara Salman mewakili ahli rombongan juga menyampaikan Cenderahati kepada pihak KIDU.
Comments
Post a Comment