Kolej Islam Darul Ulum melangkah maju setapak lagi dalam mengembangkan penggunaan bahasa arab di Negara ini. Program terbaru anjuran Kolej ini iaitu Kursus Bahasa Arab untuk para pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Mesir atau Timur Tengah. Program ini akan bermula dari 13 Jun hingga 12 Julai 2011 akan memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan penggunaan bahasa arab di Asia Tengah disamping cuba untuk menghidupkan suasana arab di kalangan para pelajar agar dapat membiasakan diri sebelum ke sana.
Program ini merupakan lanjutan dari Kem Bahasa Arab peringkat rendah dan menengah yang di anjurkan oleh KIDU sebelum ini. Kursus kali ini akan menekankan 5 aspek pembelajaran kepada para pelajar. Pertamanya pengunaan dan penguasaan Bahasa Arab Pasar atau lebih dikenali bahasa arab Ammiyyah. Kedua adalah kaedah penggunaan bahasa arab buku atau bahasa arab fushah. Pihak KIDU juga akan menekankan para pelajar berkaitan pengajian Fardhu Ain yang merupakan aspek ketiga dalam kursus ini. Manakala aspek yang keempat adalah Tarbiah dan kepimpinan kepada setiap pelajar. Aspek yang terakhir yang merupakan salah satu kepentingan kepada setiap pelajar adalah penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris terutama bagi pelajar yang ingin menyambung dalam bidang perubatan. Namun, bagi pelajar di bidang lain, bahasa inggeris juga merupakan bahasa yang harus dikuasai oleh setiap pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar Negara.
Antara keistimewaan Kursus ini adalah kerana tenaga pengajar kursus didatangkan khas dari Mesir dan Negara arab. Selain itu, tenaga pengajar lain adalah mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang tersebut. Yuran untuk kursus ini adalah RM 900.00 termasuk makan, penginapan, bahan pengajaran, lawatan dan sebagainya. Tarikh pendaftaran adalah 13 Jun di Kolej Islam Darul Ulum, KM 23, Jalan Kuala Nerang 06300 Kuala Nerang, Kedah.
Pihak KIDU mempelawa mana-mana pelajar terutama yang akan melanjutkan pengajian ke Mesir agar dapat mendaftarkan diri untuk menyertai program ini. Mana-mana pelajar yang ingin turut serta program ini dan maklumat lanjut dapat menghubungi Saudara Mohd Hanifi di talian 012-5642132 dan talian pejabat 04-7825754.
Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...
Comments
Post a Comment